
Lima penunggang motosikal maut dan dua lagi cedera dalam nahas di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dipercayai terbabit dalam lumba haram pada 17 Julai 2022.
Keseronokan sekumpulan penunggang motosikal menunjukkan kehebatan berlumba awal pagi tadi berakhir dengan tragedi apabila tiga daripada mereka maut setelah terbabit dalam nahas.
Tiga lagi penunggang motosikal yang terbabit dalam lumba haram di Lebuh Raya Dr Lim Chong Eu, Pulau Pinang kita-kira jam 4.40 pagi tadi, dilaporkan turut cedera.
Semua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk tindakan lanjut.
Difahamkan, Lebuh Raya Dr Lim Chong Eu kerap menjadi lokasi utama lumba haram, terutama pada hujung minggu, walaupun polis melakukan beberapa serbuan dan tangkapan.
Berdasarkan klip video yang tular di media sosial, sekumpulan pelumba haram menunggang motosikal masing-masing dengan kelajuan tinggi sambil disaksikan ratusan pengunjung.
Bagaimanapun, pelumba haram terbabit gagal mengawal motosikal masing-masing sebelum merempuh belakang sebuah kereta.
Akibat rempuhan kuat itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan maut di tempat kejadian.