Tiga lagi individu dikenal pasti terlibat dalam perhimpunan anti-Zahid

September 20, 2023 · Isu semasa

Polis sedang mengesan tiga lagi individu bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan tanpa permit di ibu kota pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata polis sehingga kini masih gagal menghubungi ketiga-tiga individu berkenaan untuk tampil memberi keterangan, lapor Bernama.

Katanya setakat ini, seramai 16 daripada 28 individu yang dikenal pasti terlibat dalam perhimpunan itu telah dirakam keterangan manakala selebihnya, tidak termasuk tiga individu yang masih dikesan itu, akan dirakam keterangan dalam masa terdekat.

“Bagi tiga individu yang masih gagal dikesan ini pihak polis akan keluarkan nama mereka dalam masa terdekat jika mereka masih lagi belum tampil untuk membantu siasatan dan kami yakin kertas siasatan akan dapat dilengkapkan pada minggu ini juga,” katanya.

Allaudeen berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan agensi itu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Pada Sabtu lepas, perhimpunan yang disertai kira-kira 800 peserta anjuran Pemuda Perikatan Nasional itu disahkan tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

Sementara itu, Allaudeen dalam ucapannya pada perhimpunan itu berkata indeks jenayah bagi lapan bulan pertama tahun ini mencatatkan penurunan sebanyak 10.3 peratus atau 344 kes berbanding tahun lepas sebanyak 3,349 kes.

Beliau berkata jenayah kekerasan turut mencatatkan penurunan sebanyak 115 kes berbanding 738 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.

“Daripada Januari hingga 31 Ogos (tahun) ini, polis telah merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM53.3 juta dan menahan seramai 9,765 individu atas pelbagai kesalahan dadah serta jenayah,” katanya.

Berita berkaitan
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
19 jam lalu· Isu semasa
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023· Politik
13 warga asing ditahan berhubung siasatan kes bunuh peniaga buah
September 29, 2023· Isu semasa
Fadhli dipanggil beri keterangan berhubung himpunan anti-Zahid
September 26, 2023· Politik
Popular
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
September 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
19 jam lalu · Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023 · Isu semasa
Anwar akui ada kenaikan harga barang, kerajaan sedang cari jalan selesaikan
September 29, 2023 · Isu semasa
Isu bekalan beras, Mat Sabu kata sudah bertemu wakil PM India
September 29, 2023 · Isu semasa
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
2 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok