Tiga kluster baharu Covid-19, 20 kes import dikesan hari ini

October 24, 2021 · Isu semasa

Jumlah kluster baharu Covid-19 yang dikesan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, kekal rendah, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Memaklumkan status terkini jangkitan Covid-19 hari ini, beliau berkata dalam tempoh itu hanya tiga kluster direkodkan, berbanding dua yang dicatatkan semalam.

“Jumlah itu menjadikan kumulatif sejak awal tahun lalu kepada 5,722 kluster dengan 5,183 telah ditamatkan dan 539 lagi masih aktif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, buat pertama kali negara merekodkan hanya dua kluster baharu Covid-19. Kali terakhir jumlah kluster terendah dikesan ialah pada 13 Mac 2021 lalu, yang melibatkan dua kluster iaitu di Nusajaya, Johor dan Jalan Pria, Kuala Lumpur. Kedua-duanya adalah kluster tempat kerja.

Sebelum itu, tiga kluster iaitu Kluster Ceram (tempat kerja) di Seremban, Negeri Sembilan; Kluster Pulau Berhala di Sabah (komuniti); dan Kluster Jalan Tampoi di Johor Bahru, dikesan pada 6 Disember 2020.

Dua daripada tiga kluster baharu hari ini dicatat di Johor dan satu kluster komuniti di Sabak Bernam, Selangor membabitkan 15 individu daripada 35 yang disaring.

Satu kluster tempat kerja dikesan di Ladang Jalan Kluang, Kluang, Johor membabitkan 17 individu daripada 165 yang disaring, manakala satu kluster kumpulan berisiko tinggi dikesan di Jalan Sutera Kuning, Johor Bahru yang melibatkan 10 individu daripada 34 yang disaring.

Dr Noor Hisham juga berkata, seramai 6,978 pesakit Covid-19 disahkan sembuh hari ini menjadikan kumulatif sejak tahun lalu sebanyak 2,327,369 kes atau 95.7 peratus daripada 2,431,716 kumulatif kes positif.

Beliau berkata daripada jumlah kes baharu hari ini, 20 melibatkan kes import, termasuk enam bukan rakyat Malaysia, manakala 5,646 lagi adalah kes tempatan yang turut melibatkan 197 bukan warganegara.

Seramai 601 pesakit kini dirawat di unit rawatan rapi dengan 299 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan, katanya.

Menurutnya 107 pesakit atau 1.9 peratus daripada jumlah kes baharu hari ini melibatkan kes dalam kategori 3, 4 dan 5, manakala 98.1 peratus atau 5,559 pesakit dalam kategori 1 dan 2.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Pihak berkuasa mula siasat kes helikopter jatuh di Bidor
September 13, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
6 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
6 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok