Tiga keutamaan panduan APEC capai kestabilan ekonomi: PM

July 16, 2021 · Isu semasa

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggariskan tiga keutamaan yang perlu menjadi panduan negara anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) bagi mencapai kestabilan ekonomi ketika dunia masih berdepan penularan pandemik Covid-19.

Keutamaan pertama adalah negara anggota perlu memperkukuhkan kerjasama untuk akses kepada bekalan vaksin Covid-19 yang adil dan berpatutan, katanya pada Pemukiman Tidak Rasmi Pemimpin APEC secara maya petang tadi.

Bercakap pada sesi intervensi Perdana Menteri berkata APEC sudah melihat bahawa ada hubungan antara keberhasilan program vaksinasi atau peningkatan kadar inokulasi dan kemampuan untuk mempercepatkan proses pemulihan ekonomi.

“Dengan penyebaran varian baharu, vaksin Covid-19 menjadi penghubung nyawa bagi masyarakat kita dan dalam hal ini, kita mesti memastikan bahawa jurang vaksinasi global yang jelas bukanlah halangan dalam usaha kita mencapai imuniti kelompok.

“Kita mesti bertindak memastikan tiada ekonomi yang tertinggal di akhir garisan penamat Covid-19,” katanya pada sesi tertutup yang dipengerusikan Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern.

Perdana Menteri berkata, Malaysia menyokong inisiatif untuk meningkatkan kemampuan vaksin global, termasuk perundingan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dalam mengabaikan beberapa peruntukan dalam Perjanjian Perdagangan WTO berkaitan Aspek Hak Harta Intelek (TRIPS).

Katanya ia adalah langkah luar biasa yang perlu diambil dalam keadaan tidak dijangka.

“Saya juga memahami bahawa perundingan memakan masa. Oleh itu, saya meminta kuasa ekonomi yang menghasilkan vaksin, mengelakkan berlakunya lambakan bekalan dan berkongsi vaksin dengan pihak yang memerlukan,” katanya.

Beliau berkata, keutamaan kedua adalah perlunya kerjasama bagi memudahkan proses pergerakan barangan keperluan dan tidak melaksanakan sebarang langkah mengehadkan perdagangan baharu sepanjang tempoh kritikal ini.

“Ketika kita berdepan penularan, peningkatan kes Covid-19 dan menguruskan sekatan pergerakan, sudah tentu aliran perdagangan global akan terganggu kecuali kita menangani isu ini secara kolektif.

“Saya percaya kenyataan bersama Menteri-Menteri Perdagangan baru-baru ini, menyuarakan komitmen untuk mendepani cabaran ini. APEC tidak boleh dilihat sebagai antitesis kepada pelaburan dan perdagangan terbuka.

“Antara usaha yang boleh dilakukan APEC ialah dengan berkongsi maklumat. Usaha kolektif ini amat membantu dalam meningkatkan rantaian bekalan, mengurangkan risiko, menangani isu berbangkit, mengelakkan harga yang terlalu tinggi dan kekurangan bekalan,” katanya.

Perdana Menteri berkata, keutamaan ketiga ialah APEC perlu mengambil peluang menjadi pihak dalam menghidupkan kembali industri pelancongan dan kesalinghubungan manusia yang terjejas teruk akibat Covid-19.

Justeru, beliau menggesa APEC supaya membincangkan usaha mewujudkan gelembung perjalanan dan aturan kuarantin serta mengiktiraf pensijilan vaksinasi tanpa mengetepikan keperluan global yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Muhyiddin turut memuji Jepun dan Perdana Menterinya, Yoshihide Suga kerana menganjurkan acara sukan terbesar iaitu Kejohanan Olimpik 2020 yang akan berlangsung minggu depan.

Beliau berkata, penganjuran acara itu menjadi bukti bahawa pelancongan rentas sempadan mampu dilaksanakan dengan peraturan ketat dan terkawal.

“Apabila tiba waktu yang tepat, semua penyelesaian praktikal ini akan menjadi jawapan dalam memudahkan kesalinghubungan di wilayah ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap dan optimis perbincangan pada sesi pemukiman ini akan menjadi asas bagi program perkongsian ilmu dan peningkatan upaya di APEC dengan beberapa hasil perbincangan boleh dimasukkan dalam pelaksanaan Visi Putrajaya 2040.

Berita berkaitan
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
Popular
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Polis tahan 11 lagi saksi kes tarian separuh bogel majlis Aidilfitri
June 4, 2022
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok