Tiga jenis vaksin disyorkan diberi dos penggalak: Khairy

November 24, 2021 · Isu semasa

Jawatankuasa Kerja Teknikal (TWG) di bawah Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Penggalak (CITF-B) telah mengesyorkan dos penggalak melibatkan tiga jenis vaksin diberikan kepada semua penduduk berumur 18 tahun dan ke atas.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata dos itu ialah vaksin Comirnaty, AstraZeneca dan CoronaVac dengan keutamaan janji temu diberikan mengikut turutan umur, petugas barisan hadapan, individu dengan komorbiditi, wanita hamil dan keperluan ke luar negara.

“Bagi penerima vaksin CoronaVac, dos penggalak akan diberikan selepas tiga bulan daripada dos kedua diterima. Disyorkan untuk menerima dos penggalak vaksin Comirnaty (Pfizer) bagi semua peringkat umur atau vaksin AstraZeneca bagi individu berumur 50 tahun dan ke atas.

“Bagi individu yang tidak boleh mengambil vaksin Comirnaty atau AstraZeneca sebagai dos penggalak, vaksin CoronaVac (Sinovac) boleh diberikan, namun, bagi individu yang memilih vaksin CoronaVac (Sinovac) sebagai dos penggalak, mereka boleh maklumkan kepada pusat pemberian vaksin (PPV) untuk menerima vaksin berkenaan,” katanya lapor Bernama dalam kenyataan hari ini.

Selain itu penerima vaksin AstraZeneca akan diberikan dos penggalak enam bulan selepas dos kedua dan mereka disyorkan untuk menerima dos penggalak vaksin yang sama bagi semua peringkat umur, namun vaksin Comirnaty juga boleh digunakan.

Khairy memaklumkan bagi penerima vaksin lain, iaitu vaksin Comirnaty, Spikevax (Moderna) dan Convidecia (CanSino), Covilo (Sinopharm) dan Janssen (Johnson & Johnson), mereka disyorkan untuk menerima dos penggalak vaksin Comirnaty bagi semua peringkat umur atau vaksin AstraZeneca bagi individu berumur 50 tahun dan ke atas.

“Penerima Comirnaty, Spikevax dan Convidecia akan diberikan dos penggalak selepas enam bulan daripada suntikan terakhir, manakala penerima vaksin Covilo pula selepas tiga bulan daripada dos kedua dan vaksin Janssen selepas dua bulan daripada dos terakhir,” katanya.

Beliau berkata vaksin dos penggalak diberikan di fasiliti pengamal perubatan swasta atau di luar fasiliti kesihatan swasta (off-site) dan ia juga diberikan di klinik kesihatan dan hospital kerajaan yang terpilih serta aktiviti jangkau luar (outreach).

Katanya tarikh janji temu untuk dos penggalak bagi individu yang layak akan diberikan melalui aplikasi MySejahtera atau penerima boleh mendaftar dalam senarai menunggu untuk mendapatkan tarikh janji temu di fasiliti kesihatan awam dan swasta terpilih.

Senarai fasiliti kesihatan awam dan swasta yang terlibat dengan pemberian dos penggalak boleh didapati di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia https://covid19.moh.gov.my/vaksin-covid-19 atau di laman sesawang Protect Health https://protecthealth.com.my/.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok