Tiga individu direman bantu siasatan kes rasuah RM400,000

September 14, 2022 · Isu semasa

Dua lelaki dan seorang wanita direman seminggu bagi membantu siasatan kes rasuah berjumlah RM400,000 berhubung kelulusan permohonan memiliki tanah kerajaan.

Wanita berusia 30 tahun yang merupakan pembantu tadbir Pejabat Tanah dan Galian serta dua pengarah syarikat berusia 41 dan 50 tahun tiba dengan berpakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berwarna jingga di Mahkamah Majistret Ipoh pada kira-kira 10.30 pagi, menurut laporan Bernama.

Perintah reman bermula hari ini hingga Selasa depan dikeluarkan Majistret Noor Hafiza Ishak bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Menurut sumber SPRM, mereka ditahan kerana disyaki terlibat penerimaan wang rasuah daripada pemilik syarikat supaya mendapatkan kelulusan permohonan memiliki tanah kerajaan seluas kira-kira dua hektar di daerah Kinta.

Pengarah SPRM Perak Datuk Mohd Fauzi Mohamad ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dilakukan termasuk mengesan sekiranya ada individu lain turut terbabit dalam kes itu.

Berita berkaitan
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023· Isu semasa
Kritik kes mahkamah Zahid, seorang pemimpin Bersatu bakal didakwa pada Jumaat
November 24, 2023· Politik
Anwar puas hati tiada menteri terlibat rasuah, perbicaraan rasuah Zahid dihentikan?
November 24, 2023· Politik
41 akaun Aman Palestin dibeku SPRM, siasatan sedang berjalan
November 23, 2023· Isu semasa
Popular
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Sekumpulan gajah di Gerik pijak kereta, sekeluarga berdepan keadaan cemas
November 27, 2023
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
24 jam lalu · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
24 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023 · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023 · Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
15 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok