Tiga hingga lima tahun untuk hasilkan vaksin sendiri, kata Adham

September 25, 2021 · Isu semasa

Negara dijangka mampu menghasilkan vaksin Covid-19 sendiri dalam tempoh tiga hingga lima tahun, ia sedang dibangunkan dengan kerjasama tenaga pakar dalam dan luar negara.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Dr Adham Baba berkata langkah untuk mengeluarkan vaksin buatan Malaysia sudah bermula dengan menggunakan teknologi ‘messenger ribonucleic acid’ (mRNA) dan MOSTI juga mampu membangunkan Pusat Vaksin Kebangsaan (NVC).

“Jangkaan kita vaksin dapat dihasilkan dalam tempoh antara tiga hingga lima tahun,” katanya pada sidang media hari ini.

Terdahulu, Dr Adham melawat Ruang Reka (Hab Reka Cipta, Teknologi dan Inovasi) di Taman Rasa Sayang, Paroi hari ini.

Menurutnya, pihak penyelidik kini sedang mengumpulkan data masih masih di peringkat pembinaan pengklonan genetik.

“Kini usaha mengumpulkan data masih dilakukan dan pengeluaran vaksin menjadi keutamaan kita selepas tidak pernah menjangkakan wabak Covid-19 begitu pantas merebak sehingga menjadi pandemik.

“Bagaimanapun, kita harus memahami bahawa untuk mengeluarkan sesuatu vaksin memerlukan masa dan kita menggunakan pelbagai kaedah terkini bagi membangunkan vaksin Covid-19 ini.

“Ketika ini saintis kita sedang bekerja keras di Institut Kajian Perubatan (IMR) dan ia masih di peringkat pembinaan pengklonan genetik,” katanya lagi.

Sebelum ini, Dr Adham semasa menerajui Kementerian Kesihatan (KKM) mendedahkan Malaysia sedang membangunkan vaksin sendiri yang pertama bagi melawan pandemik Covid-19, melalui kerjasama IMR dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya tidak hanya memberikan tumpuan kepada penghasilan vaksin Covid-19 semata-mata tetapi juga akan membangunkan vaksin lain.

“Kita tidak tahu apa jenis wabak yang datang pada masa hadapan dan adalah penting untuk kita buat persiapan dari segi fasiliti bagi mengeluarkan sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Adham juga berkata kementerian sentiasa bekerjasama dengan Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA) iaitu badan yang menetapkan kriteria yang perlu ada bagi sesuatu pengeluaran vaksin.

Menurutnya, kerjasama itu membantu pihaknya untuk merancang keperluan yang ada bagi mengeluarkan sesuatu vaksin.

“Namun begitu, vaksin COVID-19 yang digunakan ketika ini adalah berkualiti, selamat dan berkesan serta mendapat kelulusan NPRA.

“Perlu ditegaskan bahawa usaha membangunkan vaksin juga selaras dengan keperluan dan kelulusan NPRA dan apa yang sedang kita lakukan adalah menggunakan teknologi termaju,” katanya.

Berita berkaitan
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Najib pulang ke Penjara Kajang selepas terima rawatan
November 5, 2023· Politik
Semoga cepat sembuh, doa Muhyiddin kepada Najib yang sedang dirawat
November 4, 2023· Politik
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Popular
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
1 jam lalu · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
1 jam lalu · Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
19 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023 · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
7 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok