Tiga ditahan jual cecair vape ada dadah ketamin di Felda Pasir Besar

January 12, 2023 · Isu semasa

Polis menahan tiga lelaki kerana disyaki menjual 33 botol cecair vape mengandungi dadah jenis ketamin bernilai RM6,800 dalam dua serbuan di sebuah premis dan rumah di Felda Pasir Besar, Gemas, Tampin hari ini.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab, berkata serbuan pertama dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Tampin di sebuah premis menjual rokok elektronik (e-cigarate) jam 8.23 malam, 10 Januari lalu.

“Hasil pemeriksaan, polis menemui lima botol kecil berwarna hitam disyaki mengandungi cecair dadah jenis ketamin dengan anggaran isi padu 50 mililiter (ml).

“Serbuan kedua kira-kira jam 8.30 malam pada hari sama di sebuah rumah di Felda Pasir Besar turut menemui 28 botol lagi cecair sama dengan nilai rampasan keseluruhan RM6,800,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anuwal berkata, hasil serbuan polis menahan dua lelaki berusia 18 dan 23 tahun yang juga pekerja di kedai itu kerana disyaki memiliki cecair mengandungi dadah berkenaan.

“Polis turut menahan seorang lelaki berusia 30 tahun iaitu pemilik kedai vape dalam serbuan di rumah berkenaan.

“Ketiga-tiga suspek, termasuk seorang penjawat awam direman selama empat hari bermula Rabu lalu dan dijangka akan didakwa di Mahkamah Majistret Tampin Jumaat ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Berita berkaitan
Timbalan Speaker Pahang akui telah disaman dalam gambar tular
19 jam lalu· Isu semasa
Tunggu dasar dan garis panduan KDN berhubung kebenaran jual bunga api, mercun
February 4, 2023· Isu semasa
Himpunan bantah bakar Al-Quran, 10 individu sudah dirakam keterangan polis
February 2, 2023· Isu semasa
Lesap wang pencen RM233,480 selepas ditipu Macau Scam
January 26, 2023· Isu semasa
Popular
Selepas harga barang asas, kini harga besi dan simen juga naik pada Januari
February 8, 2023
Timbalan Speaker Pahang akui telah disaman dalam gambar tular
February 7, 2023
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
SPRM siasat UiTM Holdings setelah alami kerugian RM157 juta
February 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jangan tunduk dengan pekebun haram Musang King disokong DAP, kata Pemuda PAS Pahang
59 minit lalu · Isu semasa
SPRM siasat UiTM Holdings setelah alami kerugian RM157 juta
4 jam lalu · Isu semasa
Selepas harga barang asas, kini harga besi dan simen juga naik pada Januari
8 jam lalu · Isu semasa
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
8 jam lalu · Isu semasa
184 kes baharu, dua kematian
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kedah buru sindiket jual tanah, penerima geran jangan tamak
7 jam lalu
[VIDEO] 505 peneroka Pendang akan terima geran tanah
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok