Tiga disyaki peras ugut guna video lucah ditahan

April 25, 2022 · Isu semasa

Polis Terengganu menahan dua lelaki dan seorang wanita yang disyaki terbabit dengan beberapa kes pemerasan menggunakan panggilan video (VC) lucah di negeri ini.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata tangkapan pertama menerusi Op Cantas VC itu membabitkan pasangan suami isteri masing-masing berumur 27 tahun dan 23 tahun di Sungai Petani, Kedah pada 10.15 pagi, Sabtu lepas.

“Susulan tangkapan itu, seorang lagi lelaki berumur 39 tahun ditahan di Baling, Kedah dan polis merampas beberapa telefon bimbit, iPad dan juga beberapa keping kad bank dipercayai digunakan dalam kegiatan jenayah itu.

“Modus operandi suspek adalah berkenalan dengan mangsa melalui aplikasi seperti Mi Chat dan mengajak mangsa membuat VC lucah dan sebaik panggilan ditamatkan, suspek terus mengugut mangsa dan menunjukkan video yang telah dirakam semasa VC,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata di Terengganu, pihaknya menerima tiga laporan mangsa terbabit dan setiap mereka dikatakan diugut untuk melakukan beberapa transaksi wang tunai ke akaun bank suspek bagi memastikan video lucah mereka tidak disebarkan di laman sosial.

“Jumlah transaksi tak sama, ada yang sekali masukkan hanya RM30, esoknya suspek minta lagi dan ada yang sudah lakukan transaksi hingga RM2,000,” katanya yang memaklumkan semua mangsa adalah lelaki termasuk ada yang bekerja dalam sektor awam.

Rohaimi berkata sindiket pemerasan itu dipercayai baru beroperasi pada tahun ini dan semua laporan yang diterima di negeri ini melibatkan kejadian sepanjang April sahaja, serta beliau percaya masih ramai mangsa terlibat enggan membuat laporan kerana ia melibatkan maruah pengadu.

“Siasatan lanjut kita mendapati ada empat lagi kes berkaitan dengan kes ini di luar Terengganu dan kita sudah menghubungi kontinjen terbabit untuk bekerjasama,” katanya.

Sementara itu, Rohaimi turut memaklumkan bahawa jumlah kes jenayah komersial bagi empat bulan pertama tahun ini di Terengganu menunjukkan peningkatan yang sangat ketara.

“Dalam tempoh sama tahun lepas kerugian direkodkan adalah lebih RM500,000, tapi bagi tahun ini sudah mencecah hampir RM4.5 juta.

“Kita dah cukup bagi pendedahan tentang Macau scam dan love scam ini tapi masih ramai yang terjebak dan ia banyak melibatkan pesara, kakitangan awam dan golongan profesional…ada pesara guru yang kerugian sehingga RM736,000 dan ada pesara kena tipu RM532,000,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan agar orang ramai ‘berkawan’ dengan polis dan merujuk kepada pihak berkuasa jika mendapat panggilan yang mencurigakan bagi mengelakkan daripada ditipu.

Berita berkaitan
Ditipu jualan kereta terpakai dalam FB, wanita rugi RM132,000
19 jam lalu· Isu semasa
Disiasat polis, MB Kedah sedia dokumen 1 beg
June 7, 2023· Isu semasa
PAS Kedah pertahan Sanusi, bidas kerajaan campuran cuba bunuh karakter
June 7, 2023· Politik
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
June 6, 2023· Politik
Popular
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
Singapura tak guna OPR, Dr M beritahu Anwar
June 7, 2023
Dewan Rakyat riuh bila sup tulang babi dicadang jadi makanan kebangsaan
June 7, 2023
RUU rokok: Bung nak buka rahsia KJ
June 7, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Hans Isaac kini Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
3 jam lalu · Isu semasa
Siasatan ke atas Sanusi episod hitam dalam negara, kata PAS
3 jam lalu · Isu semasa
Kedah tawar pinjaman pendidikan buat pelajar yang layak ke IPTA, IPTS
4 jam lalu · Isu semasa
Anak saudara Sivarasa bebas tuduhan rasuah
4 jam lalu · Isu semasa
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
3 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok