Tiga direman SPRM bantu siasatan terima rasuah RM24 juta

July 19, 2022 · Isu semasa

Tiga individu termasuk bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) anak syarikat sebuah bank direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah lebih RM24 juta.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd Dinie Shazwan Ab Shukor terhadap seorang wanita yang merupakan bekas CEO berusia lingkungan 50-an, lelaki berusia 58 tahun yang tidak bekerja dan perunding kewangan yang berusia 53 tahun, selepas SPRM membuat permohonan di Mahkamah Majistret Putrajaya, menurut laporan Bernama.

Menurut sumber, ketiga-tiga individu itu ditahan di SPRM Putrajaya kira-kira 6 petang semalam ketika hadir memberi keterangan.

Sumber berkata mereka disyaki menerima rasuah berjumlah lebih RM24 juta sebagai balasan meluluskan pinjaman dibuat oleh sebuah syarikat tempatan berjumlah lebih RM294 juta.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.

Berita berkaitan
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
1MDB: SPRM tak teruskan permohonan dapatkan dokumen dari peguam
December 5, 2023· Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023· Isu semasa
Kritik kes mahkamah Zahid, seorang pemimpin Bersatu bakal didakwa pada Jumaat
November 24, 2023· Politik
Popular
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024
Wallahi Wabilahi Watallahi, kata Najib sekali lagi ikut cara orang Arab
December 8, 2021
Mahkamah benar Najib hadiri prosiding rayuan esok
July 10, 2023
MP PKR persoal mengapa Najib tak dihantar terus ke penjara
December 8, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024 · Isu semasa
Pelarasan tarif air baharu, pengguna dijangka merasai kenaikan bermula 1 Feb
January 17, 2024 · Isu semasa
Ringgit menyusut dibuka paras RM4.70 berbanding dolar
January 17, 2024 · Isu semasa
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024 · Isu semasa
Gangguan bekalan air bermula esok di Pulau Pinang
January 9, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok