Tiga cedera stor simpan barang rampasan IPD Sentul terbakar

April 26, 2022 · Isu semasa

Tiga pekerja cedera selepas stor simpanan barang rampasan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di Jalan Perhentian, di sini, terbakar, hari ini, kata Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur Ahmad Daniel Ahmad Kamal.

Kira-kira 50 buah kenderaan yang ditempatkan di situ turut musnah.

Menurutnya, pusat Gerakan Operasi JBPM Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 6.22 petang sebelum jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat Sentul serta bantuan dari Hang Tuah, Titiwangsa, Jalan Tun Razak dan Wangsa Maju dihantar ke tempat kejadian.

Katanya kebakaran membabitkan sebuah stor simpanan rampasan bahan bukti berkeluasan 30.5 meter (m) x 15.24 m persegi dengan 30 peratus struktur bangunan terbakar serta 80 peratus kawasan terbuka dan 50 kenderaan.

“Tiga mangsa lelaki dewasa mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur. Anggota bomba membuat pemadaman sebelum kebakaran dikawal pasukan bomba pada 7.04 malam.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata prosedur operasi standard (SOP) pelupusan barang kes mengikut Perintah Mahkamah iaitu melupus barang kes dengan cara gelek menggunakan jentolak dan siraman air dan kemudian ditanam.

Menurutnya tiga lelaki yang berasal dari Sabah itu diupah bagi membersihkan kawasan pelupusan rampasan mercun dan bunga api yang dilakukan pihaknya pada jam 3 petang tadi.

“Ketika membersihkan kawasan, api dilaporkan tiba-tiba terpercik di dalam tong sampah RORO (Roll On Roll Off) yang digunakan untuk menempatkan sisa pelupusan sebelum berlaku beberapa siri letupan dipercayai mercun.

“Ketiga-tiga mangsa berusia 25 hingga 30 tahun telah menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur,” katanya.

Terdahulu, sebanyak 1,059 kotak dan 35 guni mercun pelbagai jenis dilupuskan di Stor Barang Kes IPD Sentul di lokasi berkenaan hari ini.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok