Tiga beranak didakwa dera kanak-kanak lima tahun

August 8, 2022 · Isu semasa

Tiga beranak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah hari ini atas pertuduhan mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, bulan lepas.

Pasangan suami isteri, R. Guna Silan, 42, K. Nagamah, 41, dan anak perempuan mereka G.Nisha, 21, didakwa bersama-sama sebagai penjaga kepada kanak-kanak itu telah mendera mangsa menggunakan rotan dan memukulnya, menendang serta menyimbah air panas, lapor Bernama.

Kejadian itu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan di seluruh bahagian badan iaitu di bahagian dada, belakang badan, kedua-dua belah kaki, kepala dan muka.

Mereka dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Taman Seri Mahsan, Bandar Seri Jempol antara 15 hingga 19 Julai lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Noor Hashimi mencadangkan agar ketiga-tiga tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin.

Peguam Haresh Mahadevan dan Ramzani Idris yang mewakili tertuduh memohon mahkamah mengenakan jaminan minimum berikutan kesemua tertuduh memberikan kerjasama baik dengan polis selain seorang tertuduh akan melanjutkan pengajian di sebuah institusi pengajian tinggi bulan depan.

Hakim Norma Ismail membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Ogos untuk sebutan semula kes.

Mereka membayar jaminan.

Berita berkaitan
Terkejut jumpa kepala babi depan bilik gerakan PN DUN Juasseh
August 9, 2023· Politik
Akar umbi UMNO Kuala Pilah isytihar sokong PN
August 6, 2023· Politik
Ahli perniagaan bebas 2 tuduhan menipu beli milikan pegangan pesawat, helikopter
June 27, 2023· Isu semasa
Kes Bella: Siti Bainun kena penjara 12 tahun
May 3, 2023· Isu semasa
Popular
Hina Sultan Selangor: Hukuman penjara pendakwah bekas penasihat agama Guan Eng kekal
September 25, 2023
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
September 25, 2023
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Dia juga membantu orang miskin, kata PMX semasa pertemuan dengan Syed Mokhtar
June 2, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Anggota pukul wanita dalam video tular sedang disiasat polis
3 jam lalu · Isu semasa
Penyusutan nilai sektor komoditi punca perdagangan negara susut: Liew
3 jam lalu · Isu semasa
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
4 jam lalu · Isu semasa
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
5 jam lalu · Isu semasa
Ramalan kaji cuaca ramal ribut petir dan angin kencang di utara semenanjung
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
6 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok