
Orang ramai yang hadir pada Program Jualan Prihatin Rakyat Parlimen Pagoh anjuran Perikatan Nasional semalam (28 Ogos 2022). - Gambar Bersatu
Program Jualan Prihatin Rakyat di Parlimen Pagoh mendapat sambutan hangat di kalangan penduduk setempat apabila mereka hadir untuk membeli barangan dapur dengan hanya RM20.
Program yang dianjurkan di Kompleks Sukan Pagoh, hasil inisiatif Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin, bermula jam 9 pagi hingga 10 pagi, pada Ahad (29 Ogos).
Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata program ini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang hangat daripada penduduk sekitar kawasan Parlimen Pagoh, iaitu di DUN Bukit Kepong, DUN Bukit Pasir dan yang berdekatan dengannya.
“Rakyat Parlimen Pagoh berpeluang membeli tiga barangan dapur yang berharga RM20 sahaja.
“Insya-Allah, program ini akan kita teruskan lagi di masa yang akan datang dan lokasi yang berlainan.
“Semoga dengan inisiatif ini dapat membantu meringankan beban sedikit sebanyak bagi seluruh penduduk di sekitar Parlimen Pagoh,” katanya.
Tiga barangan dapur tersebut ialah beras 5 kilogram, ayam dan juga telur di mana sebanyak 500 set dibekalkan terhad kepada satu set untuk satu keluarga. – Berita Bersatu