Tiada tender diberi selepas Parlimen bubar, KASA tolak dakwaan Rafizi

November 8, 2022 · Isu semasa

Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menjelaskan bahawa kerajaan sementara tidak boleh membuat anugerah tender, selaras dengan Pekeliling dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan dan diluluskan Jemaah Menteri pada 7 Oktober 2022.

Dalam satu kenyataan hari ini KASA berkata sepanjang tempoh kerajaan sementara iaitu selepas pembubaran Parlimen pada 10 Oktober lalu, kementerian berkenaan telah menangguhkan segala proses perolehan berkaitan Projek Tebatan Banjir secara off-budget (2023-2030).

Ini termasuk pengeluaran Surat Niat, Surat Pelawaan, Surat Setuju Terima dan sebarang bentuk rundingan dengan pihak kontraktor dan perunding, termasuk Kerja-kerja Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat.

“KASA ingin merujuk kepada kenyataan yang tular berkenaan kerajaan sementara tidak boleh membuat anugerah tender bertarikh 7 November lalu.

“selaras dengan Mesyuarat Khas Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan Bil.1 Tahun 2022 pada 11 Oktober 2022, Surat Pekeliling Kementerian Kewangan bertarikh 18 Oktober berkaitan ‘Pelaksanaan perolehan Kerajaan Selaras Peranan dan Fungsi Kerajaan Caretaker’ serta garis panduan peranan dan fungsi kerajaan caretaker yang diluluskan Jemaah Menteri pada 7 Oktober 2022.

“Antara lain ianya menetapkan apa-apa komitmen kontraktual atau akujanji hendaklah dielakkan, termasuklah apa-apa rundingan atau akujanji baharu yang boleh mengikat dan membebankan serta memberi implikasi kewangan kepada kerajaan baharu.”

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai mengulas tuduhan Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli yang mendakwa berlaku penyelewengan melibatkan KASA dan menterinya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Susulan itu, Tuan Ibrahim yang juga Timbalan Presiden PAS mencabar Rafizi untuk melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dakwaannya itu.

Bagaimanapun, sehingga kini Rafizi tidak pula berbuat demikian.

Difahamkan, Rafizi membuat dakwaan tudak berasas itu kerana ingin membalas kritikan terhadapnya kerana memiliki aset peribadi lebih RM18 juta, yang mana ada bekas pemimpin PKR yang mempersoalkan sama ada aset itu adalah hasil derma orang ramai.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Bukankah Rafizi sendiri menentang PM jadi menteri kewangan sebelum ini?
December 4, 2022· Politik
PN Pahang sedia galas tanggungjawab sebagai pembangkang selepas BN pilih PH-DAP
November 28, 2022· Politik
Terus menerus tabur fitnah, Tuan Ibrahim saman Rafizi
November 18, 2022· Politik
Kenapa perlu tunggu menang PRU baharu nak serah bukti?
November 12, 2022· Politik
Popular
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
December 5, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
UEC tak ikut Akta Pendidikan 1996, kenapa harus diiktiraf? Kok Seong
November 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
9 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
14 jam lalu · Isu semasa
1,502 kes baharu, tiga kematian
22 jam lalu · Isu semasa
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022 · Isu semasa
1,866 kes baharu, enam kematian
December 4, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
52 minit lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok