Tiada sijil halal, hotel dan premis makan dilarang buat iklan bufet Ramadan

April 3, 2022 · Isu semasa

Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) mengingatkan pengusaha hotel atau premis makanan yang tidak memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia, agar tidak membuat pengiklanan bufet Ramadan menggunakan perkataan yang mengelirukan umat Islam.

Pengarah JAIM Datuk Che Sukri Che Mat berkata antara perkataan atau frasa yang dilarang digunakan dalam medium pengiklanan mereka ialah bufet Ramadan, iftar Ramadan, jom iftar, cita rasa Ramadan, jom berbuka, set Ramadan, ditanggung halal dan dijamin halal, menurut laporan Bernama.

Beliau berkata frasa berkenaan dilarang digunakan dalam iklan bufet Ramadan seperti pada risalah, poster, kain rentang papan iklan, media masa atau media sosial.

“Memang bukan satu kewajipan untuk hotel atau premis makanan mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia, tetapi tidak boleh menggunakan frasa yang telah ditetapkan dalam iklan bufet Ramadan mereka kerana ia disifatkan sebagai tindakan memperdayakan pengguna.

“Justeru, JAIM akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), untuk menjalankan pemeriksaan ke atas hotel dan premis makanan di sekitar negeri itu bagi memastikan perkara berkenaan tidak berlaku,” katanya kepada pemberita selepas Operasi ‘Plastik Hitam Bersendawa’ di sekitar daerah Melaka Tengah di sini, hari ini.

Setakat ini, katanya hanya 14 hotel di Melaka mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia, dan dibenarkan menggunakan frasa tersebut dalam pengiklanan bufet Ramadan mereka.

Menurutnya hotel atau premis makanan yang tidak mempunyai sijil pengesahan tersebut, boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) di bawah undang-undang yang dikuatkuasakan KPDNHEP.

Dalam perkembangan lain, Che Sukri berkata 80 lokasi di sekitar negeri Melaka melibatkan kedai makanan dan minuman serta premis kosong, dikenal pasti menjadi tumpuan ‘geng plastik hitam’ untuk membeli atau menikmati makanan.

Beliau berkata untuk itu Pegawai Penguatkuasa Agama JAIM akan meningkatkan operasi penguatkuasaan, termasuk menerusi kaedah penyamaran bagi mengesan kaki ponteng puasa yang makan atau membeli makanan secara terbuka.

“Selain itu, kita juga mempunyai cabaran baharu untuk mengesan ‘geng plastik hitam’ ini, kerana kini mereka boleh membeli makanan menerusi penghantaran seperti Grab Food dan Food Panda. Justeru, penghantar makanan yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti ponteng puasa boleh menyalurkannya kepada JAIM,” katanya.

Che Sukri berkata peniaga juga diingatkan tidak menjual makanan atau minuman kepada orang Islam yang tidak berpuasa di negeri ini, dan tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 49 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.

Katanya tindakan di bawah seksyen sama juga boleh dikenakan pada kaki ponteng puasa kerana makan, minum dan membeli makanan secara terbuka, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan bagi kesalahan pertama.

Berita berkaitan
Bajet 2024: Pemain industri perhotelan harap nilai ambang cukai SST dinaikkan
October 1, 2023· Isu semasa
Sanusi ditahan jam 3 pagi, bakal di bawa ke Mahkamah Selayang untuk didakwa
July 18, 2023· Politik
Perbicaraan rayuan kes rasuah Isa Samad ditangguh 16 Oktober
June 26, 2023· Isu semasa
Saran pelancong bayar guna dolar AS, hotel gesa pemain industri sokong
June 22, 2023· Isu semasa
Popular
[KEMAS KINI] Najib pecat peguam cara firma guaman Zaid Ibrahim
August 19, 2022
Bajet 2024: Cukai perkhidmatan naik jadi 8%, subsidi minyak diesel dimansuhkan
October 13, 2023
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023
Jangan berhimpun Rabu ini: Amaran polis
June 28, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok