Tiada saringan kepada individu lengkap divaksin untuk masuk Sarawak

October 16, 2021 · Isu semasa

Individu dari negeri lain yang lengkap vaksinasi Covid-19 dan ingin memasuki Sarawak tidak lagi perlu membuat permohonan menerusi ‘EnterSarawak’.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, saringan Covid-19 juga tidak wajib bagi individu yang lengkap divaksin.

Bagaimanapun, mereka yang belum lengkap divaksinasi wajib membuat saringan tiga hari sebelum masuk ke Sarawak.

Katanya, individu yang masuk ke Sarawak masih perlu mengisi borang pengisytiharan e-kesihatan (eHDF).

“Mereka yang belum lengkap divaksin wajib membuat permohonan melalui EnterSarawak dan mengisi eHDF,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Individu dari luar negara yang masuk ke Sarawak, katanya, wajib membuat permohonan menerusi EnterSarawak dan mengisi eHDF.

“Saringan COVID-19 juga perlu dibuat tiga hari sebelum memasuki Malaysia dan perlu menjalani kuarantin tujuh hari dari tarikh kemasukan ke negara ini bagi yang lengkap vaksin dan 10 hari bagi yang tidak lengkap vaksin.

“Pengembara luar negara wajib melaporkan sejarah perjalanan kepada petugas di lapangan terbang,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok