Tiada rakyat Malaysia terlibat nahas pesawat China

Kementerian Luar memaklumkan setakat ini tiada laporan mengenai rakyat Malaysia terlibat dalam nahas tragedi pesawat Eastern Airlines MU5735 China yang terhempas di Wilayah Guangxi, China.

Dalam satu kenyataan hari ini, menurut kementerian, Kedutaan Malaysia di Beijing serta Konsulat Jeneral Malaysia di Kunming, Nanning dan Guangzhou memantau rapat mengenai sebarang perkembangan berhubung nahas itu.

Kementerian bagi pihak Kerajaan Malaysia, turut mengucapkan takziah dan simpati kepada China dan keluarga mangsa yang terkorban, lapor Bernama.

Sebuah pesawat yang membawa 132 penumpang terhempas di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, selatan China pada Isnin petang.

Dalam nahas semalam, pesawat Boeing 737 yang berlepas dari Kunming menuju ke Guangzhou itu, terhempas di kawasan pergunungan berhampiran perkampungan Molang di daerah Tengxian, bandar Wuzhou pada 2.38 petang. Nahas itu turut mengakibatkan kebakaran.

Penerbangan MU5735 terbang pada ketinggian 29,000 kaki kira-kira 100 batu dari destinasinya Guangzhou dari Kunming sebelum terhempas di wilayah Guangxi di selatan China, semalam. Berita berkaitan 

Mencapai titik di mana juruterbang akan mula turun untuk mendarat ia tiba-tiba menjunam lebih 30,000 kaki seminit dalam beberapa saat sahaja, menurut data ditunjukkan Flightradar24.

Keseluruhannya pesawat itu menjunam 26,000 kaki dalam kira-kira 1 minit 35 saat, menurut data itu.

BERITA BERKAIT
POPULAR