Tiada PRK Pekan akan diadakan selepa Najib ke penjara: Wan Junaidi

August 24, 2022 · Isu semasa

Walaupun Datuk Seri Najib Razak sudah disabitkan hukuman penjara, namun tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Pekan akan diadakan bagi memilih wakil rakyat yang baharu.

Perkara itu dijelaskan Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, ia memandangkan tiada keperluan untuk kerajaan melaksanakan PRK di Parlimen Pekan kerana kekosongan berkenaan berlaku kurang dua tahun sebelum tempoh Parlimen perlu dibubarkan.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), status bekas Perdana Menteri itu sebagai Ahli Parlimen Pekan akan ditentukan dalam tempoh 14 hari selepas hukuman dijatuhkan.

“Pengosongan kerusi tidak serta-merta, tetapi selepas 14 hari. Dalam tempoh itu, Najib masih boleh membuat permohonan untuk mendapatkan pengampunan diraja.

“Selepas tempoh itu, jika Parlimen dimaklumkan bahawa Najib telah hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen mengikut Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan, maka kerusinya akan dikosongkan.

“Namun, mengikut Perlembagaan juga, tiada keperluan untuk PRK dilaksanakan kerana tempoh kekosongan kurang dua tahun daripada pembubaran Parlimen,” katanya dipetik laporan BH hari ini.

Status Najib sebagai Ahli Parlimen Pekan menjadi tanya selepas ahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan terhadap bekas Presiden UMNO itu dalam kes SRC International Sdn Bhd.

Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kekosongan luar jangka di Dewan Rakyat perlu diisi menerusi pilihan raya dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan luar jangka itu berlaku.

Bagaimanapun, jika kekosongan luar jangka di Dewan Rakyat itu berlaku dalam tempoh dua tahun dari tarikh Parlimen terbubar, kekosongan itu tidak boleh diisi, melainkan bilangan parti yang membentuk majoriti di Dewan Rakyat terjejas akibat kekosongan berkenaan.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi memaklumkan sekiranya tiada sebarang proses lanjut daripada Najib – sama ada semakan atau permohonan pengampunan diraja – bekas Perdana Menteri itu juga secara rasmi tidak layak untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

“Jika tiada pengampunan, ertinya beliau akan berada dalam penjara. Sebagai individu yang didapati bersalah oleh mahkamah, beliau secara automatik tidak lagi layak bertanding dalam pilihan raya,” katanya.

Berita berkaitan
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023· Politik
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023· Politik
1MDB: SPRM tak teruskan permohonan dapatkan dokumen dari peguam
December 5, 2023· Isu semasa
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023· Politik
Popular
Ringgit mata wang paling rendah di Asia bagi 2023
July 1, 2023
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023
Zahid sakit saluran kencing pula, perbicaraan hari ini berakhir awal
August 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit dibuka rendah, jatuh dua hari berturut-turut
2 jam lalu · Isu semasa
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
2 jam lalu · Isu semasa
Orang ramai dinasihati waspada penyamaran dan penipuan melalui WhatsApp
2 jam lalu · Isu semasa
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
2 jam lalu · Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
17 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok