Tiada PKP selepas ini walaupun diancam Omicron, kata Menteri

January 11, 2022 · Isu semasa

Penularan Covid-19 varian Omicron yang mengancam negara tidak akan menyebabkan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekali lagi selepas ini.

Jaminan itu diberikan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menjelaskan kerajaan tidak menolak kemungkinan menyekat pergerakan keluar dan masuk ke Malaysia daripada pelbagai negara yang dianggap berisiko.

Namun kerajaan tidak menolak kemungkinan menyekat pergerakan keluar dan masuk ke Malaysia daripada pelbagai negara yang dianggap berisiko, katanya lagi.

Ketetapan itu mungkin dilakukan sekiranya ada negara didapati berisiko tinggi.

“Perkara ini kita mengambil kira daripada pembentangan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang menyatakan bahawa sebanyak 245 kes Omicron telah disahkan di Malaysia dan sebahagian besar kes jangkitan itu masih lagi berpunca daripada kepulangan pengembara dari luar negara.

“Penting untuk saya tegaskan, pendekatan melaksanakan PKP secara besar-besaran seperti sebelum ini tidak akan dilaksanakan semula. Ini ke arah usaha kita bersiap-sedia untuk masuk ke fasa transisi endemik yang sepatutnya diumumkan awal tahun ini,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat ke-11, Menteri Kuartet Covid-19 hari ini.

Hishammuddin berkata, perancangan untuk mengumumkan peralihan fasa endemik terpaksa ditangguhkan kerana pemantauan terhadap Omicron dan pada masa sama situasi daripada kesan bencana banjir baru-baru ini selain kluster pengembara yang pulang dari luar negara.

Terdahulu, Hishamuddin mengadakan Mesyuarat Menteri Kuartet Covid-19 bersama Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz; Khairy; Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan; Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Nor Hisham Abdullah.

Mengulas laporan mengenai varian baharu deltacron, Hishammuddin berkata, masih terlalu awal untuk membuat rumusan mengenai penemuan varian berkenaan.

Buat masa ini, katanya, varian Omicron dilihat tidak memberi kesan begitu serius kepada kesihatan individu tetapi menular dengan dahsyat.

“Kita lihat jangkitan hingga 100,000 di negara-negara Eropah dan 500,000 di Amerika Syarikat dan kita banyak bersandarkan daripada laporan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai kesan kepada sistem kesihatan kita, asalkan tidak membawa tekanan kepada hospital dan unit rawatan rapi (ICU), saya rasa tak membimbangkan.

“Namun, kita banyak bergantung kepada apa yang dinasihatkan dan apa yang dipantau KKM,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok