Tiada PKP dan sektor ekonomi dibuka, harga barang naik dan ringgit jatuh pula

May 24, 2022 · Isu semasa

Sebelum ini rakyat menyalahkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penutupan sektor ekonomi sebagai punca kehidupan harian terkesan akibat kehilangan pendapatan dan tidak dapat bekerja.

Bagaimanapun lain pula ceritanya selepas PKP tidak lagi dilaksanakan dan negara sudah beralih ke fasa endemik, rakyat kini merungut pula harga barang naik dan nilai ringgit pula jatuh teruk.

Pembangkang menuduh kerajaan terdahulu dengan melabelkan “gagal”, pelbagai cara dilakukan untuk menghasut rakyat supaya membenci kerajaan dengan kempen “bendera putih” dan juga turun berdemontrasi di jalan raya sebagai tanda protes terhadap mantan Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pemimpin parti politik semasa tempoh PKP sibuk mencatur strategi untuk menggulingkan kerajaan, pemimpin utama pembangkang menelefon pemimpin parti dalam kerajaan bersekongkol untuk menjatuhkan kerajaan pada ketika rakyat sedang bergelut dengan ancaman Covid-19.

Perdamaian dan gencatan politik tidak dihiraukan pembangkang, mereka lebih memikirkan kepentingan sendiri dan terdapat individu yang bercita-cita tinggi mahu menjadi PM dengan menjadikan rakyat sebagai alasan terhadap tindakan mereka.

Hasilnya selepas kerajaan Perikatan Nasional (PN) jatuh, pembangkang menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan PM daripada UMNO dan menyebabkan kleptokrat kembali berkuasa di Putrajaya.

Pembangkang beranggapan dengan menukar PM dan kerajaan baharu UMNO akan dapat mengembalikan kestabilan kepada negara, tetapi sebaliknya yang berlaku apabila puluhan juta wang rakyat diboroskan dengan mengadakan pilihan raya yang tidak sepatutnya diadakan dan pemimpin kluster mahkamah semakin bermaharajalela.

Pembangkang ingat dengan menukar PM dan kerajaan baharu, ekonomi negara akan semakin pulih tetapi sebaliknya yang berlaku inflasi semakin meningkat dan kejatuhan ringgit memecahkan rekod terdahulu.

Walaupun tiada lagi PKP dan sekatan ekonomi, nampaknya kenaikkan harga barang dan kejatuhan mata wang negara tidak dapat ditangani, ia ternyata teori yang dilaungkan oleh pembangkang selama ini hanya retorik semata-mata.

Seorang penganalisis ekonomi, Dr Mohd Azwardi Md Isa mengulas peningkatan inflasi akan memberi implikasi besar kepada kehidupan rakyat yang sudah pun berdepan kesempitan hidup kini.

“Rakyat kini sudah celik ekonomi, inflasi diperkatakan di mana- mana sahaja kerana ia menyebabkan harga barang naik dan sudah tentu keadaan itu perit bagi kebanyakan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

“Ekonomi negara kita berdepan masalah kerana terlalu cepat beralih kepada sektor perkhidmatan tanpa mempunyai pelbagai produk buatan sendiri,” katanya dipetik laporan Sinar Harian.

Pensyarah Kanan Perniagaan Antarabangsa, Sekolah Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) itu menjelaskan situasi tersebut berlaku disebabkan negara tidak mempunyai banyak produk yang dihasilkan sendiri dan terlalu bergantung kepada pelabur asing.

“Malaysia terlalu cepat berubah dari negara pembuatan produk kepada perkhidmatan menyebabkan kita terlalu bergantung kepada eksport barangan buatan syarikat multinasional yang melabur di sini.

“Secara asasnya, kita tidak mempunyai produk kita sendiri walaupun ada beberapa syarikat multinasional seperti Proton, Perodua, Petronas dan Axiata, namun produk yang dihasilkan terhad,” katanya lagi.

Kebergantungan negara kepada barangan import terutama produk makanan memburukkan lagi keadaan, ujarnya lagi.

“Contohnya, pengeluaran beras negara tidak mampu penuhi keperluan dalam negara. Hampir 40 peratus daripada keperluan beras negara diimport dari Thailand, Vietnam, Kemboja dan India.

“Ini membimbangkan, apabila sudah ada negara menghentikan eksport barangan keperluan, seperti Indonesia yang menangguhkan eksport minyak sawit,” katanya.

Menurutnya, selain beras, negara juga mengimport banyak sayur-sayuran dari pelbagai negara yang dianggarkan bernilai berbilion ringgit.

“Jumlah ini semakin meningkat saban tahun dan sudah tentu kadar inflasi negara juga bakal naik.

“Menteri Pertanian, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee telah umumkan nilai import makanan menunjukkan peningkatan 22.3 peratus menjadikan jumlahnya RM45.3 bilion pada 2015 kepada RM55.4 bilion pada 2021. Ini jumlah yang sangat besar,” ujarnya.

Penjelasan Mohd Azwardi ini secara tidak langsung menunjukkan pelaksanaan PKP dan penutupan sektor ekonomi oleh kerajaan pimpinan Muhyiddin tidak memberi kesan terhadap kenaikkan harga barang dan melemahkan ringgit, sebaliknya pembangkang yang sengaja memomokkan rakyat dengan retorik politik supaya membenci kerajaan.

Tegas Mohd Azwardi, rakyat mahukan tindakan segera dan bukan lagi kajian, malah keresahan rakyat harus dipandang serius oleh kerajaan.

“Penggunaan pendapatan terbahagi kepada tiga, iaitu pembelian barangan, simpanan dan pelaburan. Sudah tentu golongan tersebut tidak mampu menyimpan malah melabur.

“Bahkan pecahan B40, M40 dan T20 juga sudah berubah komposisinya. Sudah ada golongan M40 jatuh kepada kategori B40,” katanya.

Menurutnya, jurang pendapatan semakin menebal dan jika tidak ditangani sebaiknya bakal memberi impak buruk kepada negara dalam jangka masa panjang.

“Wang rakyat perlu diuruskan dengan baik dan semestinya mengikut acuan dan cara kita,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
KKM, MOSTI diberi kuasa muktamadkan perolehan vaksin, kata Zafrul
July 28, 2021
Dakwaan kes culik murid di tiga negeri tak berasas, palsu: Polis
September 27, 2022
Kes Adib: 17 lelaki terlibat dalam rusuhan kuil dibebaskan
June 27, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok