Tiada pihak boleh desak PM, Ismail Sabri pentingkan integriti: Annuar

August 31, 2022 · Isu semasa

Tidak ada mana-mana pihak boleh mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melakukan apa pun perkara yang bertentangan dengan prinsip keluhuran Perlembagaan dan pengasingan kuasa, kata Tan Sri Annuar Musa.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata kerajaan yang ada sekarang mengutamakan integriti, selaras dengan amanat Ismail Sabri yang berulang kali disampaikan kepada jemaah menteri.

“Soal integriti perkara penting bagi kerajaan, terutamanya Perdana Menteri. Beliau menegaskan beberapa kali dalam jemaah menteri supaya pastikan kerajaan ini kekal istiqamah mendahulukan rakyat dan mematuhi prinsip pengasingan kuasa, integriti serta menjaga harapan dan aspirasi rakyat,” katanya pada sidang media selepas sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka, hari ini (31 Ogos).

Soal integriti perkhidmatan kepada rakyat juga menjadi prinsip utama kerajaan Perikatan Nasional (PN) dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Ketika pentadbirannya, Muhyiddin turut melantik Ismail Sabri sebagai menteri kanan sebelum diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Mengulas lanjut, Annuar yang juga Ahli PArlimen Ketereh berkata tiada sesiapa yang boleh cuba memaksa Perdana Menteri melakukan sesuatu yang tidak kena dengan keluhuran undang-undang, pengasingan kuasa dan integriti kerajaan.

“Lain-lain cadangan yang lari daripada dasar itu tidak akan dilakukan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, tak kira daripada siapa pandangan itu datang,” katanya diminta mengulas kenyataan Penasihat Khas Perdana Menteri (Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia), Datuk Seri Azalina Othman Said yang berpendirian Ismail Sabri seharusnya melantik peguam negara pilihannya untuk memudahkan segala urusan.

Kenyataan Azalina ketika Taklimat Khas Presiden UMNO pada Sabtu lalu, mendapat kritikan pelbagai pihak, yang melihatnya sebagai desakan supaya Perdana Menteri mencampuri urusan kehakiman, susulan pemenjaraan Datuk Seri Najib Razak.

Antara lain Azalina berkata di bahagian lain dunia, seorang perdana menteri akan melantik “orangnya sendiri” untuk menjadi AG.

Azalina, yang merupakan Ahli Parlimen Pengerang, turut mempersoalkan keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini yang menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menangguhkan prosiding selepas menukar pasukan peguam bagi mewakilinya.

“Kenapa kita tak boleh tukar peguam? Kalau dia bersalah, walaupun dia tukar peguam 10 kali, dia tetap bersalah.

“Jadi apa yang boleh kita lakukan sekarang? Kita mesti berjuang. Jika anda cukup berani, mari kita lawan hari ini,” katanya kepada ahli UMNO yang membalas dengan sorakan dan tepukan kuat.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pengerang itu dalam satu kenyataan semalam menjelaskan, saranan supaya Perdana Menteri memilih ‘orang dia’ sebagai peguam negara adalah selari dengan agenda reformasi sistem pentadbiran negara, yang diperjuangkan pelbagai pihak.

Berita berkaitan
Aneh apabila pembangkang pula tak mahu PRU awal, kata Rahman Dahlan
September 29, 2022· Politik
Arab Saudi umum Mohammed Salman sebagai PM baharu
September 28, 2022· Dunia
Tak pernah bincang Zahid jadi calon PM, kata Naib Presiden UMNO
September 26, 2022· Politik
Kenapa ramai sangat ikut PM ke New York dan berapa kosnya? soal Salahuddin
September 25, 2022· Politik
Popular
Hari ketiga perbicaraan kes Ebit Lew, seorang lagi pendakwah dijangka jadi saksi
September 29, 2022
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
September 30, 2022
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022
Kertas siasatan Hakim Mohd Nazlan selesai: SPRM
September 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,007 kes semalam, 5 kematian
3 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi di Indonesia dirasai penduduk sekitar Lembah Klang
3 jam lalu · Isu semasa
Krisis ekonomi global 2023?
5 jam lalu · Isu semasa
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
16 jam lalu · Isu semasa
Terbitan MGII Lestari kerajaan RM4.5b terlebih langganan 2.38 kali
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
13 jam lalu
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok