Tiada pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid semalam

October 24, 2022 · Isu semasa

Negara sekali lagi merekodkan sifar kematian akibat komplikasi Covid-19 semalam (Ahad, 23 Oktober 2022) setelah kali terakhir mencatat keputusan sama pada 15 Oktober lalu, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Rekod itu menjadikan jumlah pesakit yang meninggal dunia sejak kes pertama dilaporkan pada 17 Mac 2020 lalu hingga semalam kekal pada 36,444 kes.

Jumlah itu, termasuk 7,753 kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau brought in death (BID).

Selangor kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi akibat Covid-19 iaitu melibatkan 10,870 korban, termasuk 2,367 kes BID, menurut rekod laman sesawang KKMNOW yang dikemas kini tengah malam tadi.

Sementara itu, jumlah jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam turun sedikit kepada 2,054, berbanding 2,618, yang dilaporkan pada Sabtu.

Daripada jumlah itu, 2,053 adalah kes tempatan, manakala satu sahaja kes import.

Angka itu menjadikan jumlah kumulatif positif Covid-19 sejak 25 Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,882,059 kes, dengan 4,818,237 pesakit telah sembuh, termasuk 1,975 yang pulih semalam.

Menurut data laman sesawang Github KKM, daripada jumlah kes baharu itu, 1,555 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; 346 kes (penerima dua dos); 146 kes (individu tidak divaksinasi); dan tujuh kes (individu belum lengkap divaksinasi).

Sementara itu, data laman sesawang KKMNOW juga menunjukkan sehingga kini 27,378 kes masih aktif, meningkat sedikit berbanding 27,299 kes yang dilaporkan sehingga Sabtu.

Daripada jumlah itu, 26,275 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (26,186 pesakit pada Sabtu); 1,060 dirawat di hospital, turun berbanding 1,066 pada Sabtu.

Seramai 43 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (47 pada Sabtu), dengan 16 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (18 Sabtu).

Berikut adalah jumlah kes harian setiap negeri semalam, serta kumulatif positif sejak Januari 2020:

  • Selangor – 871 (1,491,381)
  • Kuala Lumpur – 422 (446,820)
  • Sabah – 101 (397,721)
  • Johor – 41 (394,882)
  • Sarawak – 52 (317,039)
  • Kedah – 47 (311,186)
  • Pulau Pinang – 131 (299,324)
  • Kelantan – 36 (254,683)
  • Perak – 131 (230,946)
  • Negeri Sembilan – 107 (224,204)
  • Pahang – 30 (178,269)
  • Melaka – 48 (136,557)
  • Terengganu – 14 (130,095)
  • Putrajaya – 17 (28,086)
  • Labuan – 0 (22,305)
  • Perlis – 6 (18,561)

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Mat Sabu tak umum harga baharu telur ayam, tapi umum akan import telur
December 6, 2022· Isu semasa
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
Popular
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
16 pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, tujuh direkodkan di Kedah
December 7, 2022
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
December 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
5 jam lalu · Isu semasa
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
7 jam lalu · Isu semasa
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
15 jam lalu · Isu semasa
16 pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, tujuh direkodkan di Kedah
17 jam lalu · Isu semasa
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
8 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok