Tiada permohonan subsidi ayam dan telur dibuka bagi 2023, kata JPV

February 20, 2023 · Isu semasa

Permohonan subsidi bagi penternak ayam dan pengeluar telur ayam bagi tahun 2023 masih belum dibuka setakat ini, demikian dimaklumkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) hari ini.

Dalam maklum balas terhadap laporan akhbar tempatan mengenai isu subsidi penternak ayam dan telur, JPV memaklumkan perkara mengenai subsidi berkenaan baru dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet, Jumaat lalu, menurut laporan Bernama.

“Permohonan kepada Kabinet bagi subsidi ini adalah bagi tempoh Januari-Jun 2023,” menurut kenyataan JPV hari ini.

JPV berkata sehingga kini, JPV dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan masih menunggu minit kelulusan daripada pihak Kabinet bagi pelaksanaannya.

JPV juga memaklumkan permohonan subsidi bagi penternak ayam dan pengeluar telur ayam bagi tahun 2022 telah ditutup pada 15 Jan lepas.

Dalam laporan yang disiarkan akhbar berkenaan, penternak ayam penelur percaya kerajaan tidak akan meneruskan pemberian subsidi dalam usaha menstabilkan pengeluaran bekalan tersebut.

Memetik sumber, yang mewakili sebuah ladang pengeluar telur di Lembah Klang, perkara itu dikatakan semakin jelas apabila borang permohonan tuntutan subsidi dalam bentuk Google Form dalam laman web JPV sudah tiada.

Dalam laporan tersebut, Sabtu lalu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan kerajaan akan mengkaji semula keperluan untuk meneruskan pemberian subsidi kepada penternak ayam dan pengeluar telur pada Jun ini.

Beliau berkata, setakat ini sebanyak RM1.8 bilion subsidi telah diperuntukkan kepada penternak ayam serta pengeluar telur terlibat dan ia dijangka meningkat melebihi RM2 bilion sehingga Jun ini.

Katanya, jika kerajaan berjaya menstabilkan harga ayam dan telur maka tiada keperluan untuk memberi subsidi kepada penternak tersebut.

Berita berkaitan
Harga barang naik, PMX umum cukai baharu pula akan diperkenalkan
September 11, 2023· Isu semasa
Kenaikan subsidi padi perjuangan PN : Hamzah
August 9, 2023· Politik
Perbicaraan kes rasuah Zahid ditangguh, kena pergi mesyuarat Kabinet
August 2, 2023· Politik
PMX kata menterinya bebas rasuah, tapi kes Menteri DAP?
July 18, 2023· Politik
Popular
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
September 23, 2023
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023
Tun M komited bantu pembangunan ekonomi ‘SG4’
September 21, 2023
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
23 jam lalu · Isu semasa
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
23 jam lalu · Isu semasa
Polis Perak rampas dadah RM1.5 juta, lima orang ditangkap
September 22, 2023 · Isu semasa
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023 · Isu semasa
Banjir Perak: Jumlah mangsa dipindah meningkat pagi ini
September 22, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tok Guru Hadi di Simpang Pelangai
19 jam lalu
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok