Tiada perbincangan siaran secara langsung debat Anwar-Najib: Annuar

April 17, 2022 · Isu semasa

Tiada pihak yang berjumpa dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) berkaitan platform penyiaran debat perdana antara Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 12 Mei ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM) Tan Sri Annuar Musa berkata perkara itu tidak ada kena-mengena dengan kerajaan dan menganggapnya sebagai debat antara dua individu, lapor Bernama.

“Jadi kerajaan tidak campur dan saya pun tidak didatangi oleh sesiapa. Saya fikir ia masih lagi di peringkat antara dua individu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Iftar MenKOMM bersama komuniti negeri Melaka hari ini.

Turut hadir Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Roslan Ariffin.

Mengulas mengenai penggunaan media sosial atau platform digital terkini, Annuar berkata beliau tidak menolak perkara itu dijadikan platform penyiaran bagi debat tersebut.

“Teknologi sekarang boleh saja buat ‘live’ dan mungkin ada stesyen televisyen yang hendak memberi platform itu. Apa pun, itu kemudianlah. Tak boleh kata mungkin (boleh) sebab mungkin itu dah jadi satu janji (untuk disiarkan di platform kerajaan). Saya anggap ia debat biasa antara dua individu,” katanya.

Hari ini, Bernama melaporkan kedua-dua tokoh politik negara itu akan membincangkan isu Sapura Energy Bhd (SEB) dan masa depan Malaysia pada 12 Mei ini dalam program debat perdana.

Pengumuman program debat perdana itu dibuat Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Fahmi Fadzil dan Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor Isham Jalil dalam satu sidang media petang tadi.

Setakat ini, debat perdana itu akan dapat disaksikan secara langsung sama ada menerusi saluran media diumumkan kemudian atau secara fizikal di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada pukul 9 malam.

Terdahulu, Annuar mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Mohd Rustam di pejabat beliau di Seri Negeri bagi memberi penerangan mengenai usaha-usaha K-KOMM di Melaka.

“Saya juga memaklumkan bahawa sambutan Hari Wartawan Nasional akan diadakan di Melaka tahun ini,” katanya yang dipetik menerusi ciapan di laman Twitter rasminya.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Johari Ghani dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi
December 12, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok