Tiada penjarakan sosial orang ramai beratur di Pejabat Parlimen Muar

July 14, 2021 · Isu semasa

Orang ramai yang beratur di depan Pejabat Parlimen Muar bawah kendalian Syed Saddiq Syed Abdul Rahman didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan tiada penjarakan sosial, ia dibimbangi menjadi punca penularan Covid-19.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata tidak menjadi kesalahan untuk memberi bantuan bagaimanapun kehadiran 100 orang ramai di luar pejabat tersebut tidak wajar kerana ia boleh menjadi punca penularan virus tersebut, malah tidak ada sebarang permohonan dibuat untuk menjalankan program itu.

“Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk menjalankan aktiviti bantuan memang dibenarkan tetapi perlu mendapat kebenaran daripada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah,” katanya selepas sidang media hari ini.

Selain itu, Syed Saddiq hanya membuat permohonan serahan dari rumah ke rumah tetapi bukan program serahan bantuan di pejabatnya.

“Saya difahamkan permohonan ada dibuat, tetapi permohonan itu untuk mengedarkan bakul makanan dari rumah ke rumah, tetapi apa yang berlaku adalah pengedaran barangan dibuat di Pusat Khidmat Parlimen Muar.

“Jadi ramai yang berkumpul. Pertama mereka tidak mempunyai kebenaran untuk mengadakan program sedemikian di pusat itu. Kedua tiada penjarakan sosial,” katanya lagi.

Susulan itu, penguatkuasa Pejabat Kesihatan Daerah Muar mengarahkan program itu dihentikan.

“Jadi saya mohon mana-mana wakil rakyat yang mahu lakukan program, sila ikut SOP yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), mohon kebenaran PKOB, barulah dapat dibuat kawalan dan sebagainya.

“Susulan daripada itu, pihak berkuasa hanya mengeluarkan amaran kepada pihak terlibat dan tiada sebarang kompaun yang dikeluarkan,” ujarnya.

Terdahulu, Syed Saddiq dalam laman Facebooknya memberitahu, Pejabat Parlimen Muar telah diarahkan tutup oleh pihak berkuasa bermula hari ini.

Beliau memberitahu tidak sampai hati menolak kehadiran masyarakat Muar yang memohon bantuan kerana itu merupakan tanggungjawab beliau sebagai wakil rakyat kawasan berkenaan.

“Saya tidak boleh dan tak akan sesekali halang rakyat Parlimen Muar untuk datang ke pejabat,” ujarnya.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Kes rasuah kementerian RM41j, penulis blog politik kena cekup SPRM
May 12, 2023
Hukuman berat untuk si pendera!
September 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok