Tiada pengeluaran one-off RM10,000 KWSP disentuh dalam Bajet 2022

October 29, 2021 · Isu semasa

Tidak ada pengeluaran i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 secara one-off disentuh dalam Bajet 2022 yang dibentang Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, di Dewan Rakyat, hari ini.

Sebaliknya beliau mengumumkan tempoh pengurangan kadar caruman minimum KWSP daripada 11 peratus kepada sembilan peratus akan dilanjutkan sehingga Jun 2022 yang dijangka melibatkan anggaran nilai RM2 bilion.

“Kerajaan amat memahami kekangan kewangan yang dihadapi oleh rakyat akibat Perintah Kawalan Pergerakan yang berpanjangan, terutamanya dari segi pengurusan aliran tunai.

“Untuk menambah wang dalam tangan rakyat, KWSP akan melanjutkan tempoh pengurangan kadar caruman minimum KWSP daripada 11 peratus kepada sembilan peratus sehingga Jun 2022,” katanya.

Secara keseluruhan, dalam Bajet 2022 yang bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera, kerajaan menyediakan lebih RM31 bilion khusus untuk subsidi, bantuan dan insentif.

Tengku Zafrul juga berkata kerajaan bercadang untuk meluaskan pelepasan cukai sehingga RM4,000 kepada pencarum KWSP meliputi caruman secara sukarela seperti mereka yang bekerja sendiri dalam sektor gig.

Beliau juga berkata inisiatif i-Saraan dilaksanakan bagi menggalakkan pekerja sektor informal menabung untuk hari persaraan melalui caruman KWSP.

“Melalui inisiatif ini, Kerajaan mencarum sebanyak 15 peratus daripada caruman sukarela yang dibuat oleh pekerja sektor informal, terhad kepada maksimum 250 ringgit setahun. Bagi tahun 2022, Kerajaan akan meluaskan penerima manfaat inisiatif ini untuk turut merangkumi mereka yang berumur antara 55 sehingga 60 tahun.

“Sejumlah 30 juta ringgit disediakan untuk memanfaatkan lebih 100 ribu peserta sedia ada dan baharu,” katanya.

Bulan lalu, ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat, Tengku Zafrul berkata KWSP sudah meluluskan 4.98 juta permohonan i-Citra setakat 31 Ogos lalu, membabitkan kadar pengeluaran berjumlah RM20.58 bilion.

Katanya daripada jumlah itu, sebanyak RM4.71 bilion atau 23 peratus daripada kadar diluluskan, sudah dikreditkan kepada pemohon.

“Baki amaun pengeluaran akan dikreditkan kepada ahli berdasarkan jadual bayaran yang telah ditetapkan bagi pengeluaran i-Citra. Pembayaran terakhir i-Citra adalah pada bulan Februari 2022,” katanya.

Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.

Berita berkaitan
Dasar monetari proaktif kerajaan jamin ringgit, pasaran kewangan stabil: Zafrul
21 jam lalu· Isu semasa
RM145 bilion dikeluarkan pencarum sejak pandemik Covid-19: MOF
August 8, 2022· Isu semasa
Projek MRT3 dianggar bernilai RM50.2 bilion, bakal guna tender terbuka
August 2, 2022· Isu semasa
Asyraf bangga dapat duduk sebelah Zafrul semasa majlis BN Selangor
August 1, 2022· Politik
Popular
Rayuan terakhir: Adakah Najib sedang guna strategi baharu?
August 12, 2022
Parti liar Janda Baik: Datuk Seri, warga emas antara 25 ditahan
August 11, 2022
Siapa ‘jerung’ di belakang skandal kapal tempur: Rafizi tanya Najib
August 11, 2022
Gerbang iPay88 alami ‘insiden’, data kad pelanggan mungkin terjejas
August 11, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ekonomi negara tumbuh lebih kukuh 8.9 peratus pada suku kedua: BNM
38 minit lalu · Isu semasa
Tindakan Najib, Arul pinda laporan audit 1MDB adalah perbuatan jenayah, kata saksi
41 minit lalu · Isu semasa
BNM jamin pelanggaran data iPay88 tidak libat kelemahan sistem bank
2 jam lalu · Isu semasa
Tubuh RCI siasat pelanggaran data setelah iPay88 alami ‘insiden’
2 jam lalu · Isu semasa
Ringgit rendah berbanding dolar AS
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok