Tiada penerbangan haji Malaysia ke Madinah selepas Rabu

June 13, 2022 · Isu semasa

Tiada sebarang penerbangan membawa jemaah haji Malaysia akan mendarat di Madinah selepas Rabu ini, kata Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Katanya, jadual penerbangan terakhir ke Madinah ialah pada Rabu ini melibatkan rombongan KT22 manakala rombongan seterusnya (KT23) akan mula mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah bermula 20 Jun ini.

“Setakat ini seramai 4,670 jemaah haji Malaysia telah tiba di Tanah Suci menerusi 17 penerbangan. Seramai 2,986 jemaah pula kini masih berada di Madinah manakala 1,684 telah berada di Makkah.

“Jemaah yang telah memakai ihram dari tanah air lagi akan dibawa ke Makkah untuk melakukan umrah pertama, ” katanya kepada pemberita di bangunan yang menempatkan ibu pejabat Lembaga Tabung Haji (TH) dan penginapan jemaah, Abraj Al Janadriyah, di sini.

Dalam perkembangan lain, Syed Saleh berkata TH telah melakukan persediaan sebaiknya dalam berdepan dengan pelbagai kemungkinan akibat penularan Covid-19 dalam kalangan petugas dan jemaah.

Katanya, meskipun bakal berdepan dengan situasi luar jangka, TH telah mengambil langkah pencegahan awal dengan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa termasuk segera melakukan saringan ke atas mereka yang menunjukkan simptom wabak itu.

“Memandangkan suasana Covid-19 masih lagi berleluasa, maka kita buat persiapan untuk sebarang kemungkinan jika berlaku jangkitan dalam kalangan jemaah dan petugas. Kita sediakan pusat rawatan dan rehat atau wad isolasi untuk mereka yang dijangkiti.

“Kemudahan itu disediakan di setiap bangunan penginapan dan daripada tiga buah bangunan penginapan jemaah, sebanyak 200 katil telah dipersiapkan,” katanya.

Tambah beliau, pusat kesihatan TH bukan sahaja disediakan di Makkah tetapi juga di Madinah malah setiap maktab (penginapan) telah disediakan pasukan petugas yang terdiri daripada jururawat dan doktor.

“Di Makkah kita juga telah mewujudkan klinik di setiap maktab (penginapan) yang mempunyai kira-kira 2,300 hingga 2,400 jemaah haji.

“Klinik kesihatan ini juga antara usaha untuk menjaga kesihatan jemaah haji tetapi jika mereka memerlukan rawatan lanjut, mereka akan dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan lebih rapi,” katanya. – Bernama

Berita berkaitan
Tiada caj ujian Covid-19 bagi jemaah haji guna fasiliti KKM
June 2, 2022· Isu semasa
4 lapangan terbang khas untuk penerbangan haji disediakan
June 1, 2022· Dunia
Arab Saudi belum beri keputusan rayuan Malaysia tambah kuota haji
May 23, 2022· Isu semasa
Malaysia sudah mohon 5,000 tambahan kuota haji
May 16, 2022· Isu semasa
Popular
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
July 4, 2022
Mahkamah tolak permohonan Zahid tangguh prosiding kes rasuah
July 4, 2022
Shafee hidap laringitis: Kes Najib, laporan audit didengar 12 Ogos
July 4, 2022
Perbicaraan pengesahan lafaz cerai MB Perlis ditetapkan 25 Ogos
July 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Syed Saddiq arah keluar tunai RM1 juta dari bank: Saksi pendakwaan
4 jam lalu · Isu semasa
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
4 jam lalu · Isu semasa
Gempur kilang, sempadan sekat seleweng minyak masak subsidi: PM
5 jam lalu · Isu semasa
Maybank IB pula unjur OPR naik 100 bps untuk 12 bulan akan datang
5 jam lalu · Isu semasa
Aidiladha: Lebih 2.3 juta kenderaan bakal guna KLK, LPT pada 8-11 Julai
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok