Tiada pemain Israel dapat kelulusan beraksi di Terbuka Malaysia, kata BAM

May 15, 2021 · Isu semasa

Dakwaan yang tular dalam media sosial berhubung pemain Israel dibenarkan beraksi pada kejohanan Terbuka Malaysia 2021 dinafikan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Persatuan badminton negara itu menegaskan tiada sebarang kelulusan diberikan kepada pemain dari negara Israel seperti yang ditularkan dan dasar negara sudah membuat ketetapan mengharamkan pemain dari negara tersebut.

“Tidak benar. Untuk pengetahuan, entri pemain-pemain ini tidak pernah diluluskan sejajar dengan dasar negara kita.

“Undian pula dibuat oleh pihak BWF (Persekutuan Badminton Dunia) berdasarkan laporan M&Q (Main and Qualifications) dan tidak pernah juga diluluskan,” kata BAM dalam kenyataan di akaun Facebook dan Twitter.

Terdahulu, tular di media sosial pasangan beregu campuran ibu-anak dari Israel, Misha Zilberman, 32, dan Svetlana Zilberman, 63, bakal menyertai Terbuka Malaysia, yang sebelum ini merupakan antara kejohanan yang menawarkan mata kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo pada Julai ini.

Menurut tangkap layar laman sesawang BWF yang ditularkan, pasangan nombor 141 dunia itu diundi menentang pasangan nombor tiga dunia Wang Yi Lyu-Huang Dong Ping dari China pada pusingan pertama.

Kejohanan yang dijadualkan dari 25 hingga 30 Mei di Axiata Arena, Bukit Jalil itu bagaimanapun ditunda ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak berikutan peningkatan kes COVID-19 di seluruh dunia dan tidak lagi merupakan kejohanan menawarkan mata ke Olimpik.

Difahamkan, BAM telah menolak permohonan pasangan itu yang dibuat menerusi sebuah kelab pada bulan lepas kerana bertentangan dengan dasar negara tiada hubungan diplomatik dengan Israel.

Untuk rekod, Malaysia sebelum ini dibatalkan hak untuk menganjurkan Kongres FIFA 2017, yang turut menyaksikan pengundian tuan rumah Piala Dunia 2026 kerana tiada jaminan untuk mendapatkan visa perjalanan bagi delegasi dari Israel.

Pada awal 2019, Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) pula melucutkan hak penganjuran Malaysia sebagai tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang dijadualkan di Kuching, Sarawak dari 29 Julai hingga 4 Ogos tahun sama kerana kerajaan Malaysia gagal memberi jaminan kepada perenang Israel.

Berita berkaitan
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023· Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
ADC PM kembali ke pasukan polis, mula bertugas di Bukit Aman 1 Jun
May 23, 2022
Trauma melampau tanda gangguan mental
July 4, 2022
Isteri pelakon utama filem Anwar fail nusyuz
July 20, 2023
Zakat dalam talian dijangka RM30 juta: Maybank
April 29, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok