Tiada mesyuarat pembubaran DUN, kata pejabat KM Sarawak

October 21, 2021 · Isu semasa

Tidak ada sebarang mesyuarat yang dihadiri oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri berlangsung sama ada hari ini mahupun esok, menurut Pejabat Ketua Menteri dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai merujuk kepada beberapa laporan media semalam yang mengatakan Abang Johari akan membuat pengumuman berhubung perkara berkenaan hari ini.

“Pejabat Ketua Menteri Sarawak ingin menjelaskan bahawa tidak ada mesyuarat sedemikian, sama ada hari ini mahupun esok sebagaimana yang dilaporkan,” menurut kenyataan itu lapor Bernama.

Semalam beberapa media melaporkan ada sumber mendakwa bahawa Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubarkan hari ini untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12.

Pada 31 Julai lepas Yang di-Pertuan Agong memperkenan proklamasi darurat diteruskan di Sarawak sehingga sehingga 2 Feb depan susulan ancaman pandemik COVID-19, sekali gus menangguhkan pilihan raya negeri bagi tempoh berkenaan.

Berita berkaitan
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023· Politik
Kerajaan campuran kedekut, pemberian wang ihsan kepada Kelantan berkurangan berbanding tahun lalu
November 26, 2023· Politik
Harga ayam naik, Menteri kata masih belum ada laporan selepas pengapungan
November 6, 2023· Isu semasa
Sultan Selangor titah mahu sidang DUN Selangor berlangsung tertib
October 19, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Hina Islam: Penghantar makanan masuk penjara, gagal bayar denda RM50,000
July 21, 2022
Ditipu pelaburan tak wujud, juruaudit rugi RM1.48 juta
October 12, 2023
Rumah, kereta mewah bernilai RM1.6 juta disita SPRM
September 26, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok