Tiada masa depan di Malaysia punca doktor keluar KKM, hijrah: Persatuan

January 16, 2023 · Isu semasa

Persatuan Alumni Doktor Universiti Sains Malaysia (PADU) mendedahkan ramai graduan perubatan dan doktor pakar meninggalkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan berkhidmat di luar negara, kerana persepsi ‘tiada masa depan’ dan hala tuju laluan kerjaya dalam negara.

Presiden PADU, Prof Datuk Dr Jafri Malin Abdullah dilaporkan berkata tawaran perkhidmatan kontrak juga menjadi antara faktor golongan itu keluar daripada KKM dan berhijrah ke luar negara.

Memetik BH beliau berkata mereka tertarik untuk berkhidmat di luar negara berikutan tawaran gaji dan laluan kerjaya lebih jelas dengan ada yang membina kerjaya di beberapa negara seperti Singapura, Australia, United Kingdom dan Ireland.

Penghijrahan mereka bukan disebabkan faktor kewangan atau peluang kerja semata-mata, sebaliknya mungkin turut didorong faktor seperti tekanan emosi dan psikologi, bosan dengan persekitaran kerja tidak positif atau terpaksa menanggung beban kerja bukan klinikal.

“PADU memandang serius isu penghijrahan doktor kontrak, doktor tetap dan pakar perubatan ke luar negara yang berlaku di negara ini, malah perkara sedemikian turut terjadi di serata dunia.

“Kita sering mendengar luahan dan menerima aduan lebihan kerja kerana kemasukan pesakit yang tinggi, kekurangan tenaga kerja sehingga memaksa ramai untuk berhijrah ke sektor swasta atau ke negara lain,” katanya dalam kenyataan, hari ini (16 Januari 2023).

Dr Jafri berkata, perlu ada kajian menyeluruh untuk memahami isu penghijrahan doktor dan ia perlu diadakan secara berkala untuk melihat fenomena itu dari semasa ke semasa.

Beliau berkata, permasalahan sebenar dalam kalangan semua pihak terbabit perlu dikenal pasti secara terperinci bagi membolehkan cadangan penyelesaian dibentangkan berdasarkan data kajian diperoleh.

Katanya, rombakan perkhidmatan yang lebih besar dalam KKM mungkin perlu dilaksanakan untuk meningkatkan pengambilan petugas khususnya doktor, doktor pakar dan kakitangan paramedik.

“Kami juga mencadangkan penggunaan Sistem Maklumat Penjagaan Kesihatan diperkasakan bertujuan memudah cara perkhidmatan yang diberikan melalui pengumpulan, perkongsian dan penggunaan maklumat.

“Sistem ini diharap dapat membantu melancarkan lagi urusan perkhidmatan secara optimum bagi memudahkan pelbagai kerja di hospital dan skim insurans kesihatan nasional turut perlu ditambah baik untuk memberi perlindungan perubatan penuh bagi semua keperluan perubatan,” katanya.

Dr Jafri berkata, penghijrahan golongan doktor dan kakitangan perubatan tempatan ke luar negara adalah kerugian besar bukan saja dari aspek wang, namun juga modal insan kepada negara.

Katanya, PADU menyedari isu berkenaan tidak boleh diselesaikan secara bersendirian oleh KKM, sebaliknya memerlukan penyelesaian secara integrasi membabitkan semua kementerian berkaitan lain.

Berita berkaitan
Nyahsenarai cecair nikotin: MCTC saman menteri kesihatan, kerajaan
July 3, 2023· Isu semasa
Kerajaan tekan kumpulan T20, rakyat yang akan kena kesan: Ka Siong
July 2, 2023· Politik
Kira elaun ‘on-call’ hanya 15 jam sehari bukan 24 jam : KKM
June 26, 2023· Isu semasa
Pengerusi Felda undur diri awal selepas diminta PMO
June 21, 2023· Isu semasa
Popular
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
September 26, 2023
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
September 26, 2023
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
September 26, 2023
Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah
September 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Penipuan tuntutan dana MITRA, perunding perniagaan didakwa
1 jam lalu · Isu semasa
Rayuan pendakwaan terhadap keputusan mahkamah bebas Muhyiddin pada 28 Feb
2 jam lalu · Isu semasa
Permohonan Najib ketepi injunksi saman 1MDB beku aset RM681 juta ditolak
2 jam lalu · Isu semasa
Nilai ringgit cecah RM4.70 berbanding dolar, susut lagi
3 jam lalu · Isu semasa
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
31 minit lalu
[VIDEO] Sanusi tolak jadi calon naib presiden PAS, selesa jadi AJK
1 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok