Tiada maklumat Mossad terbabit culik rakyat Palestin di KL: Polis

October 19, 2022 · Isu semasa

Polis Kuala Lumpur masih menyiasat bagi mengenal pasti kemungkinan wujud pembabitan agensi perisikan rejim Zionis Israel – Mossad – dalam kes penculikan rakyat Palestin di ibu negara pada 28 September lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata hasil siasatan awal, polis setakat ini tidak mempunyai maklumat mengenai wujudnya pembabitan Mossad dalam kes berkenaan.

“Kita tidak dapat mengesahkan lagi adanya pembabitan agensi perisikan luar terbabit dalam kes penculikan ini katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Rapid KL Safety Point di Stesen MRT Kampung Batu, Kuala Lumpur, hari ini (Rabu, 19 Oktober 2022).

Sehubungan itu, katanya apabila timbul spekulasi berhubung agensi yang dinyatakan (Mossad), ia mengganggu siasatan polis dan beliau tidak tahu daripada mana mereka (laporan NST) mendapat maklumat berkenaan.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meneliti dakwaan ada ejen perisikan dari Israel masuk ke Malaysia dan menculik warga Palestin yang berada di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, pula meminta orang ramai tidak mengeluarkan sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan mengelirukan masyarakat sehingga boleh mengganggu gugat keselamatan dan ketenteraman awam.

Semalam, laporan NST mendakwa ejen Mossad memasuki negara ini dalam usaha mengesan dan menculik rakyat Palestin yang mereka percaya sebagai aset Briged Hamas al-Qassam.

Memetik laporan itu, Mossad dipercayai merekrut aset tempatan untuk membantu rejim Zionis memburu anggota Hamas di Malaysia, termasuk dalam kes penculikan dua lelaki Palestin dipercayai aset Briged Hamas al-Qassam di ibu negara, baru-baru ini.

Dalam operasi di tengah-tengah Kuala Lumpur, akhbar itu mendakwa, pasukan perisik memintas dua warga Palestin sejurus selepas jam 10 malam pada 28 September, apabila kedua-duanya mahu memasuki kenderaan diletakkan berhampiran Jalan Yap Kwan Seng, di sini.

Susulan kejadian itu, seramai 18 individu lelaki dan wanita warga tempatan serta warga Indonesia diberkas antara 29 September sehingga 4 Oktober lalu dalam beberapa siri serbuan di Lembah Klang dan Melaka.

Mangsa yang dipercayai ahli perniagaan itu bagaimanapun diselamatkan menerusi serbuan berasingan yang dijalankan sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Pada 14 Oktober lalu, 11 individu termasuk seorang wanita kemudian didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, selepas dipercayai terbabit dalam kes penculikan itu.

Motif penculikan terbabit dipercayai untuk mendapatkan maklumat berkaitan perisian menggodam telefon bimbit yang dimiliki warga Palestin berkenaan.

Mengulas lanjut, Azmi berkata, pada masa ini polis masih belum dapat mengesahkan kebenaran laporan akhbar berkenaan.

“Saya tak boleh nak mengesahkan sama ada laporan itu benar atau tidak sebab siasatan masih berjalan,” katanya sambil mengesahkan polis sudah memanggil penulis berita itu bagi membantu siasatan.

Katanya, polis turut menyedari terdapat penularan berhubung identiti saksi dalam kes penculikan warga Palestin terbabit.

“Kita akan siasat semua perkara ini dan setakat ini, pihak kami masih belum menerima sebarang laporan,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Polis siasat video tular lagu kebangsaan dikibar bersama bendera Israel
December 1, 2022· Isu semasa
MP Baling nafi sebar audio rakaman fitnah Anwar, beri penjelasan
November 30, 2022· Politik
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
November 29, 2022· Politik
Lelaki muat naik video berunsur perkauman dibebaskan
November 26, 2022· Isu semasa
Popular
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
December 7, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Enam pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, 1,682 kes baharu
2 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
14 jam lalu · Isu semasa
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
17 jam lalu · Isu semasa
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
24 jam lalu · Isu semasa
16 pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, tujuh direkodkan di Kedah
December 7, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
18 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok