Tiada lesen baharu dikeluarkan untuk melombong di Tasik Chini

June 12, 2021 · Isu semasa

Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang tidak pernah mengeluarkan lesen aktiviti perlombongan di kawasan seluas 4,600 hektar selepas Tasik Chini di Pekan diwartakan sebagai Hutan Simpan Chini pada 13 Mac 2019.

Bagaimanapun, PTG dalam kenyataan hari ini berkata sebanyak 14 lesen berbuat demikian dikeluarkan sebelum Tasik Chini diangkat sebagai hutan simpan, dengan dua daripadanya masih beroperasi.

PTG juga berkata satu daripada lesen itu akan tamat pada hujung bulan ini manakala lesen satu lagi pemegang pajakan atau operator berakhir pada hujung tahun ini.

“Pihak berkuasa negeri komited memastikan tiada lesen baharu akan dikeluarkan di kawasan Tasik Chini selain tidak akan berkrompromi atas kegagalan pematuhan syarat oleh pemegang pajakan atau operator.

“Pada 17 Jun 2020, PBN telah mengeluarkan arahan berhenti kerja serta-merta kepada 11 pemegang pajakan atau operator di kawasan Tasik Chini kerana berlaku ketidakpatuhan pada syarat kelulusan perlombongan,” kata PTG.

Terdapat lapan agensi teknikal daripada kerajaan negeri dan persekutuan terlibat dalam penilaian pematuhan syarat aktiviti perlombongan, antaranya Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Jabatan lain ialah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Pejabat Tanah dan Daerah (PTD), Badan Kawal Selia Air, Jabatan Perhilitan Negeri (JPN) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Selain itu, pihak berkuasa negeri juga telah mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi Tindakan Pemulihan Akibat Ketidakpatuhan Kepada Syarat-syarat Kelulusan Aktiviti Perlombongan di Tasik Chini pada 20 Julai 2020 kepada semua pajakan dan operator berkenaan.

“Mereka hanya dibenarkan beroperasi setelah semua arahan dipatuhi, antaranya perlu melakukan penandaan sempadan yang jelas, menanam semula pokok, mendaftar penggunaan jentera, dikenakan bayaran bon jaminan RM250,000 dan menyediakan pos pasukan penguat kuasa.

“JPNP juga sejak 18 Nov 2019 hingga 30 Dis 2019, telah melaksanakan kerja pemulihan dan penanaman pokok di kawasan Tasik Chini melibatkan keluasan 1.2 hektar melalui Kumpulan Wang Amanah Pemulihan Bersama bernilai RM 250,000,” kata kenyataan itu.

Berita berkaitan
Dakwa Kedah banyak tapak lombong haram, Sanusi betulkan fakta TPM
May 9, 2023· Isu semasa
Tiga individu direman bantu siasatan kes rasuah RM400,000
September 14, 2022· Isu semasa
Tiada lagi kelulusan perlombongan di Tasik Chini, kata Takiyuddin
August 4, 2022· Isu semasa
Tindakan lebih agresif perlu untuk pulihkan Tasik Chini
August 1, 2022· Isu semasa
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
6 pelajar MRSM di Kuala Kangsar positif Covid-19
December 2, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok