Tiada larangan kenderaan bawa barang henti operasi

May 11, 2021 · Isu semasa

Kementerian Pengangkutan (MOT) menjelaskan kenderaan yang membawa barangan tidak akan dilarang daripada berhenti operasi menggunakan jalan-jalan awam sepanjang sambutan perayaan Aidilfitri kali ini.

Kelonggaran diberikan tersebut berbeza dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini apabila kenderaan yang membawa barangan disekat untuk menggunakan jalan raya sepanjang sambutan Aidilfitri.

“Susulan pelaksanaan larangan pergerakan merentas negeri dan daerah di seluruh negara bermula 12 Mei hingga 7 Jun depan bagi mengekang penularan COVID-19, kementerian tidak mengenakan sekatan terhadap kenderaan barangan untuk menggunakan jalan raya sepanjang sambutan Aidilfitri yang bakal tiba,” kata MOT dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, MOT melaksanakan larangan bagi kenderaan membawa barangan menggunakan jalan-jalan awam sepanjang sambutan Aidilfitri saban tahun, bertujuan mengurangkan kesesakan dan meningkatkan tahap keselamatan berikutan jumlah pengguna jalan raya pulang ke kampung yang tinggi.

MOT turut mengingatkan pengguna jalan raya agar sentiasa mengikuti perkembangan terkini yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara menerusi https://www.mkn.gov.my/ atau Telegram di https://t.me/MKNRasmi selain mematuhi prosedur operasi standard mengekang penularan COVID-19.

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Mayat ditemui dalam lori di Danau Kota, dua lelaki ditahan
September 10, 2023· Uncategorized
CAAM diarah siasat semua pesawat Beechcraft Model 390 di Malaysia
August 18, 2023· Isu semasa
Sampai bila rakyat nak kena ikat perut bila harga barang naik? soal Gerakan
July 12, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok