Tiada lagi penerima dos pertama vaksin di Putrajaya sejak 2 hari lalu

August 23, 2021 · Isu semasa

Data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menunjukkan sejak dua hari lalu tidak ada lagi penerima dos pertama vaksin itu di Wilayah Persekutuan Putrajaya, manakala hanya 2,576 individu melengkapkan dos kedua, semalam.

Bagaimanapun, tiada rekod menunjukkan 100 peratus penduduk Putrajaya sudah menerima dos pertama kerana peratusan vaksinasinya telah digabungkan bersama Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sementara di Wilayah Persekutuan Labuan pula hanya merekodkan lapan penerima dos pertama dan dua lagi melengkapkan dos kedua masing-masing, semalam.

Sebanyak 99.7 peratus daripada populasi dewasa di Labuan juga sudah menerima suntikan dos pertama manakala 90.6 peratus lagi menerima dos kedua.

Sebanyak 441,100 lagi dos suntikan vaksin diberikan dalam tempoh 24 jam semalam membabitkan 137,555 dos pertama dan 303,545 dos kedua.

Tiga negeri merekodkan pemberian terbanyak suntikan vaksin Covid-19 semalam ialah Selangor yang membabitkan 113,862 dos, diikuti Johor, (65,433 dos), dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (62,431 dos).

Secara keseluruhan lebih 31.2 juta dos vaksin telah diberikan sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan Februari lalu, dalam usaha kerajaan mewujudkan imuniti kelompok bagi melawan penularan virus Covid-19.

Daripada jumlah itu 78 peratus atau lebih 18.25 juta daripada populasi dewasa Malaysia menerima dos pertama, manakala 55.6 peratus (lebih 13 juta) penerima lagi melengkapkan suntikan kedua masing-masing.

Lembah Klang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya merekodkan jumlah pemberian vaksin tertinggi iaitu sebanyak 11,834,986 dos membabitkan 79.2 peratus suntikan dos pertama dan 61.3 peratus dos kedua.

Tiga negeri lain yang merekodkan jumlah pemberian vaksin tertinggi ialah Sarawak sebanyak 3,561,962 dos, diikuti Johor (2,865,315 dos); dan Sabah (2,275,240 dos).

Berita berkaitan
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
22 jam lalu· Politik
Bakal jemaah haji tidak boleh terus bergantung bantuan kewangan kerajaan
September 21, 2022· Isu semasa
Harga sawit tinggi, nilai ringgit masih terkawal semasa Muhyiddin jadi PM
September 21, 2022· Politik
Semasa PKP pun nilai ringgit tak seteruk ini, tapi UMNO masih nak PRU-15 segera
September 20, 2022· Isu semasa
Popular
Peguam Najib kata RM60.6j hadiah Saudi, tapi saksi tak dapat sahkan
September 28, 2022
Mahkamah tolak permohonan Shafee gantung prosiding saman LHDN
September 28, 2022
Kes Ebit Lew: Saksi minta mangsa buat laporan polis di Sabah
September 28, 2022
‘Mencurah wang’ daripada syarikat berkait Jho Low masuk akaun Najib
September 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perlu wujudkan mekanisme pantau, nilai pelaksanaan syor MPN
1 jam lalu · Isu semasa
SRC, 2 anak syarikat selesai saman terhadap Putrade Property: Laporan
2 jam lalu · Isu semasa
Hampir 16,000 anggota agensi bencana siap sedia di Selangor
2 jam lalu · Isu semasa
Pakar motivasi nafi cuba rosakkan reputasi Ebit Lew
3 jam lalu · Isu semasa
FAA akan letak semula keselamatan udara kita ke Kategori 1: Laporan
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
September 27, 2022
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
September 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok