Tiada lagi kelibat penyokong Najib di Mahkamah Rayuan

April 5, 2021 · Isu semasa

Berbeza prosiding terdahulu mahkamah sesak dan dipenuhi penyokong setia bekas perdana menteri, hari pertama rayuan kes Datuk Seri Najib Razak dilihat agak lengang dan sunyi tanpa sorakan mahu pun jeritan “hidup Bossku” seperti kebiasaan.

Kelihatan lebih ramai petugas media yang berkampung di Mahkamah Rayuan seawal jam 8 pagi dan pegawai polis pengawal yang memantau sekitar perkarangan luar mahkamah.

Najib tiba bersama pasukan peguamnya sekitar jam 9 pagi dan turut kelihatan sama Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga mempunyai kes di Mahkamah Rayuan hari ini melibatkan dana milik Yayasan Akalbudi.

Hari ini bermula prosiding rayuan Najib berhubung sabitan salah dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dikenakan terhadapnya selepas didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn. Bhd.

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Karim yang bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera akan mendengar rayuan yang ditetapkan akan berlangsung selama 12 hari.

Kes akan berlangsung setiap hari kecuali Jumaat.

Mengikut aturan yang ditetapkan, empat hari pertama dikhususkan untuk pihak perayu yang diketuai peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhujah sebelum pihak pendakwaan yang dinamakan sebagai responden dalam prosiding rayuan ini membuat hujahan balas selama empat hari.

Baki empat hari adalah untuk pihak perayu membalas hujahan pihak pendakwaan.

Berita berkaitan
Tajuddin sokong Ismail Sabri jadi PM, beri amaran jangan main-main
2 minit lalu· Politik
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
1 jam lalu· Isu semasa
PH tak desak PRU-15 disegerakan walaupun tamat MoU 31 Julai
July 2, 2022· Politik
Fahmi bidas Asyraf tak sensitif kesusahan rakyat desak PRU awal
July 2, 2022· Politik
Popular
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
July 2, 2022
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
July 2, 2022
Ada cadangan roboh Stadium Shah Alam, kata MB Selangor
July 3, 2022
Kurang sikit makan telur, kata Pengarah KPDNHEP Melaka
July 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kompleks hiburan sukan konsep digital RM6 juta bakal dibina di Ketereh
2 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan ambil tindakan ketirisan minyak masak ke negara jiran
2 jam lalu · Isu semasa
Isu harga barang, PM bidas pembangkang fitnah kata kerajaan tak peduli
2 jam lalu · Isu semasa
Ada cadangan roboh Stadium Shah Alam, kata MB Selangor
9 jam lalu · Isu semasa
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok