Tiada krisis ekonomi dihadapi negara, kata Gabenor Bank Negara

October 3, 2022 · Isu semasa

Malaysia tidak berdepan krisis ekonomi walaupun terdapat dakwaan mengatakan kedudukan negara berdepan risiko meleset, kata Gabenor Bank Negara, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunos.

Nor Shamsiah sebaliknya mempertahankan pendirian Malaysia tidak akan berdepan krisis ekonomi kerana langkah awal sudah diambil kerajaan bagi menangani persekitaran luaran yang mencabar, ia walaupun kadar inflasi meningkat mendadak dan nilai ringgit juga jatuh teruk dengan rekod terburuk sejak 24 tahun.

“Ini adalah fakta penting mengenai ekonomi dan sebagai rakyat Malaysia, adalah penting untuk kita bertindak dengan cara yang sewajarnya tanpa menjejaskan pemulihan dan keyakinan pelabur yang boleh menyebabkan sesuatu yang tidak benar akhirnya dipercayai,” katanya dipetik laporan media semasa berucap di Khazanah Megatrends Forum 2022 hari ini.

Jelasnya lagi, pelan pemulihan negara ekonomi negara berjalan dengan baik dan pertumbuhan tahun ini dijangka kukuh.

Berhubung kenaikan inflasi, Nor Shamsiah berkata ia masih terkawal dan sebahagian besarnya disebabkan oleh bekalan dan juga permintaan yang kukuh selaras dengan pembukaan semula ekonomi.

“Tekanan menaik terhadap inflasi akan kekal sebahagiannya dikawal oleh kawalan harga sedia ada

“Tekanan inflasi akan kekal naik dengan sebahagiannya akan terus disekat oleh kawalan harga sedia ada dan lebihan kapasiti yang masih wujud dalam ekonomi,’’ tambah beliau.

Beliau menyatakan unjuran pada tahun depan akan menjadi lebih mencabar disebabkan oleh gabungan faktor-faktor seperti konflik dan ketegangan geopolitik yang meningkat, tekanan iflasi global dan pasaran kewangan yang tidak menentu.

“Ini semua akan membawa kepada pertumbuhan yang lebih perlahan pada tahun depan,” kata beliau.

Membandingkan situasi semasa dengan pandemik baru-baru ini dan Krisis Kewangan Asia, Nor Shamsiah berkata ekonomi Malaysia jelas berada pada kedudukan yang lebih kukuh hari ini berdasarkan momentum pertumbuhan yang teguh, kadar pengangguran yang lebih rendah, permodalan institusi kewangan yang baik dan ekonomi yang lebih pelbagai.

Ini telah menyebabkan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) secara beransur-ansur melaraskan kadar dasar semalaman (OPR) pada Mei, Julai dan September tahun ini, katanya.

Menurut beliau, MPC tidak dikekang oleh laluan yang telah ditetapkan untuk OPR dan pelarasan kepada kadar faedah utama akan dilakukan secara beransur-ansur dan terukur.

Namun begitu katanya, mengekalkan kadar terlalu rendah untuk masa yang lama seperti di negara lain, boleh mengakibatkan gangguan dan ketidakseimbangan, mencetuskan tekanan inflasi dan melemahkan mata wang.

Nor Shamsiah menegaskan Malaysia perlu sekali lagi melaksanakan pembaharuan yang mengubah sepenuhnya ekonomi bagi menjamin masa depan yang lebih makmur dan mampan dalam menghadapi ketidaktentuan dan cabaran di masa depan.

Beliau berkata Malaysia perlu bercita-cita untuk menjadi ekonomi berasaskan inovasi, berubah daripada model ekonomi berasaskan pengurangan kos (model kos rendah) kepada pemaksimuman premium.

Usaha ke arah mencapai cita-cita itu telah pun bermula, apabila kerajaan menetapkan strategi utama dalam dasar-dasar negara seperti Rancangan Malaysia Ke-12 dan Dasar Kebangsaan mengenai Industri 4.0, katanya.

“Cabarannya ialah mengubah rancangan dan rangka tindakan ini kepada perbuatan dan hasilnya. Bagi kami ialah meningkatkan asas kami sebagai ekonomi yang berinovasi, kami perlu meneruskan pembaharuan untuk mengukuhkan asas-asas idea, pelaburan berkualiti, bakat, dan kedinamikan pasaran untuk memastikan pengagihan sumber yang cekap,” tambahnya.

Semasa mengakhiri ucapannya, Nor Shamsiah berkata tempoh satu hingga dua tahun akan datang menjadi penting untuk Malaysia bagi mengorak langkah ke hadapan dengan berani.

Beliau berkata negara kini mestilah menumpukan kepada pengukuhan asas ekonomi, daya tahan dan fleksibiliti.

“Jiran kita di rantau ini sedang giat meneruskan langkah-langkah pembaharuan. Kita akan ketinggalan jika tidak bertindak sekarang.

“Sejarah adalah pengajaran. Kita telah berkali-kali, melakukan apa yang perlu bagi berubah untuk berada di kedudukan yang lebih tinggi. Saya pasti kali ini tiada bezanya,” tambah beliau.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
BNM sukar elak kenaikan OPR kata penganalisis
October 25, 2022· Isu semasa
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022· Isu semasa
Selepas pengumuman tarikh PRU-15 semalam, ringgit jatuh lagi pada awal dagangan
October 21, 2022· Isu semasa
UMNO ghairah berkempen PRU-15, tapi pakar ramal ekonomi meleset tahun depan
October 17, 2022· Isu semasa
Popular
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
December 7, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Enam pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, 1,682 kes baharu
2 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
14 jam lalu · Isu semasa
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
17 jam lalu · Isu semasa
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
24 jam lalu · Isu semasa
16 pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, tujuh direkodkan di Kedah
December 7, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
18 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok