Tiada kompromi pihak sengaja cetus provokasi hina agama: Ahmad Marzuk

July 23, 2022 · Isu semasa

Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu, kumpulan atau pihak yang sengaja melaksana dan melakukan provokasi dalam sudut penghinaan kepada agama, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Beliau berkata kerajaan tidak akan melepaskan mereka malah akan pihak yang melakukan provokasi akan dikesan dan ditahan kerana menjejaskan keharmonian apatah lagi Islam adalah agama rasmi di negara ini, lapor Bernama.

“Kerajaan tidak akan melepaskan mereka ini dalam apa sahaja ruang tindakan undang-undang sama ada melalui undang-undang syariah ataupun sivil.

“Sebarang usaha yang cuba menganggu gugat Islam, mereka ini akan berhadapan dengan tindakan undang-undang di mahkamah,” katanya mengulas tindakan terhadap beberapa individu yang melakukan provokasi dalam persembahan termasuk di sebuah kelab komedi dan menghina Islam melalui hantaran di laman sosial baru-baru ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu merasmikan Program Quran Hour dan [email protected] anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa di Kota Bharu.

Ahmad Marzuk juga berkata semua tindakan yang dikenakan oleh mahkamah terhadap mereka yang menghina Islam diharap menjadi pengajaran kepada pihak lain supaya jangan sesekali melakukan perbuatan serupa.

“Tiada pihak yang mendapat untung daripada perbuatan menghina agama melainkan hanya mencetuskan provokasi dan sengaja mencari publisiti murahan… Dari segi tindakan juga, saya rasa tiada keperluan untuk mengubah undang-undang kerana yang sedia ada sudah memadai,” katanya.

Berita berkaitan
Menara KL: Annuar ambil tindakan undang-undang terhadap individu buat fitnah
January 4, 2023· Politik
Ditamatkan perkhidmatan, bekas Ketua Pengarah KPPA pertimbang ambil tindakan
December 13, 2022· Isu semasa
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
November 29, 2022· Politik
Keadilan tanpa pilih kasih akan angkat martabat Islam: Agong
September 5, 2022· Isu semasa
Popular
Dakwa PAS lambat bantah, PM kena kecam dalam media sosial
January 26, 2023
Menteri KPKT kata pakar Singapura hanya untuk kongsi pengetahuan
January 26, 2023
Selepas disaman Rafizi kata hanya mahu penjelasan Tuan Ibrahim
January 25, 2023
Lesap wang pencen RM233,480 selepas ditipu Macau Scam
January 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menteri KPKT kata pakar Singapura hanya untuk kongsi pengetahuan
13 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan tak tegas dalam tangani Islamofobia, NGO gesa ambil tindakan diplomatik
17 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan DAP P. Pinang harap kerajaan lulus projek banyak dalam Bajet 2023
17 jam lalu · Isu semasa
Lesap wang pencen RM233,480 selepas ditipu Macau Scam
17 jam lalu · Isu semasa
Dakwa PAS lambat bantah, PM kena kecam dalam media sosial
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] KJ pilih bersama UMNO, tolak pelawaan sertai Perikatan Nasional
15 jam lalu
[VIDEO] Tak sedar formula gagal, Rafizi tuduh Perikatan akan main isu harga barang
January 26, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok