Tiada keperluan pinjaman IMF, kita tak bankrap, kata Tengku Zafrul

September 15, 2022 · Isu semasa

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menegaskan bahawa Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) tidak pernah menyebut Malaysia mengalami masalah ekonomi yang boleh menyebabkan muflis, sebaliknya ia yakin dengan prospek pertumbuhan ekonomi negara.

Malah, katanya, agensi penarafan global S&P Global Ratings turut menjangkakan persekitaran penggubalan dasar akan menyokong dalam memulihkan penetapan fiskal kepada kedudukan yang lebih kukuh.

Tengku Zafrul berkata demikian menerusi paparan video di akaun Instagram beliau hari ini sebagai mengulas mengenai video tular yang mendakwa Malaysia memerlukan bantuan kewangan IMF serta berdepan risiko untuk muflis.

Sambil menyifatkan video tular berkenaan sebagai “lebih kepada auta berbanding fakta,” beliau berkata kerajaan Persekutuan juga tidak pernah mengupah atau melantik mana-mana pihak perunding untuk mengurus kewangan negara.

Menurutnya, perkara paling penting adalah Malaysia sentiasa disiplin dalam menyempurnakan tanggungjawab pembayaran hutang dan tidak pernah gagal membayar faedah serta hutang yang telah matang.

“IMF sendiri mengakui kedudukan hutang Malaysia di paras terurus… jadi adakah IMF dibayar oleh firma rundingan untuk berkata demikian?

“Jika kita bandingkan indikator ekonomi Malaysia dengan beberapa negara lain, adalah jelas bahawa ekonomi negara kekal kukuh walaupun terpaksa berhadapan dengan cabaran pandemik Covid-19 serta ketegangan geopolitik yang mengakibatkan peningkatan harga bahan api dan makanan.

“Jadi, kemungkinan untuk negara muflis dan perlu meminjam dengan IMF adalah tidak benar sama sekali,” katanya.

Beliau menjelaskan, setakat akhir Jun 2022, paras hutang satutori negara adalah sekitar 60 peratus yang jauh lebih rendah berbanding had ditetapkan iaitu 65 peratus.

“Dalam hal ini, 97.5 peratus pinjaman negara juga adalah dalam nilai ringgit. Oleh itu tiada keperluan bagi negara untuk meminjam daripada IMF.

“Kebolehan sesebuah negara ntuk meningkatkan jumlah pinjamannya bukanlah bergantung semata-mata kepada nisbah hutang kepada keluaran dalam negara kasar, tetapi kemampuan keberhutangan dan kemampanan hutang.

“Sekali lagi, asas ekonomi negara kekal kukuh dan dijangka akan betambah baik pada suku ketiga tahun ini,” jelas beliau.

Tengku Zafrul berkata, pelbagai indikator ekonomi seperti jualan perdagangan runcit dan borong, pengangguran, pengeluaran perindustrian dan perdagangan luar negara juga terus menunjukkan perkembangan baik sepanjang tahun.

Selain itu, trend membabitkan kes muflis individu juga tidak meningkat sebaliknya semakin menurun sejak 2016.

Menurutnya, ini termasuk sewaktu tempoh Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang meningkat pada 2018 dengan jumlah golongan belia muflis juga menunjukkan trend penurunan sama pada tahun tersebut.

“Sebanyak 5,283 kes muflis direkodkan yang diikuti dengan penurunan kepada 3,948 kes pada 2019; 2,844 kes pada 2020; 1,884 kes pada 2021 dan 515 kes bagi tempoh Jan-April lepas,” katanya.

Jelas Tengku Zafrul, rata-rata peminjam juga telah beransur-ansur keluar daripada program bantuan bayaran balik pinjaman dan trend ini bertambah baik pada suku pertama 2022 apabila jumlah itu meningkat kepada sekitar 92 peratus daripada tahap bayaran balik pinjaman sebelum pandemik.

Beliau turut menyangkal dakwaan bahawa kadar pengangguran negara semakin meningkat yang disifatkannya sebagai tidak benar.

“Jika kita lihat kadar pengangguran tahun ini menunjukkan penurunan pada April dan Mei iaitu 3.9 peratus, Jun (3.8 peratus) dan Julai 3.7 peratus — kadar terendah berbanding nilai tertinggi pada Mei 2020 pada 5.3 peratus.

“Sebenarnya, kadar pengangguran telah beransur-ansur turun selama 12 bulan berturut-turut,” katanya. – Bernama

Berita berkaitan
Ditolak dalam PRN, Zafrul kata tidak tahu apa lagi jenis amaran perlu diberi
August 14, 2023· Politik
RM188 bilion daripada peruntukan Bajet 2023 sudah dibelanjakan
July 14, 2023· Isu semasa
Rumah lelong naik 20% : laporan
July 11, 2023· Isu semasa
Serah kepada BNM wajibkan pengeksport tukar hasil eksport kepada ringgit
July 10, 2023· Isu semasa
Popular
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
September 26, 2023
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
September 26, 2023
Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah
September 26, 2023
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
September 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Penipuan tuntutan dana MITRA, perunding perniagaan didakwa
3 jam lalu · Isu semasa
Rayuan pendakwaan terhadap keputusan mahkamah bebas Muhyiddin pada 28 Feb
3 jam lalu · Isu semasa
Permohonan Najib ketepi injunksi saman 1MDB beku aset RM681 juta ditolak
3 jam lalu · Isu semasa
Nilai ringgit cecah RM4.70 berbanding dolar, susut lagi
5 jam lalu · Isu semasa
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
2 jam lalu
[VIDEO] Sanusi tolak jadi calon naib presiden PAS, selesa jadi AJK
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok