Tiada kartel kawal harga sayur di Melaka

December 3, 2021 · Isu semasa

Tiada kartel yang mengawal harga sayur-sayuran sehingga menyebabkan berlaku peningkatan harga bahan keperluan itu, kata Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka.

Sebaliknya, harga sayur-sayuran bergantung kepada kuantiti yang diperoleh peniaga kebanyakannya daripada pembekal di Pasar Borong Kuala Lumpur di Selayang selain Cameron Highlands dan petani tempatan.

Pengarah KPDNHEP Melaka Norena Jaafar berkata setakat ini pihaknya tidak mengesan mana-mana kartel yang mengawal harga sayur-sayuran di pasar di negeri itu.

“Setakat ini di Melaka memang tiada pembabitan kartel seperti yang didakwa berlaku di pasar lain di luar negeri ini dan kenaikan harga sayur-sayuran adalah disebabkan faktor lain seperti kekurangan bekalan serta cuaca.

“Harga jualan sayur-sayuran di Melaka bergantung kepada berapa banyak bekalan yang dibeli peniaga dan kos pengangkutan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau sebuah pasar raya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar hari ini berkaitan dakwaan Pengerusi Persatuan Pekebun Melayu Cameron Highlands Datuk Syed Abd Rahman Syed Abd Rashid bahawa semua pasar di seluruh negara mempunyai harga kartel sendiri yang telah ditetapkan mengikut kawasan tersebut.

Norena berkata bekalan sayur-sayuran di Melaka dijangka akan mengalami gangguan dalam tempoh beberapa hari ini kerana terputus bekalan daripada pembekal di Cameron Highlands ekoran kejadian tanah runtuh Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands semalam.

Beliau berkata situasi itu juga dikhuatiri akan menyebabkan berlaku peningkatan harga jualan sayur-sayuran di negeri itu.

“Bagaimanapun berdasarkan pemantauan yang dijalankan di pasar, pasar raya dan kedai runcit mendapati harga sayur-sayuran yang dijual masih berpatutan dan rendah berbanding negeri lain seperti di Kuala Lumpur dan ia turut dipengaruhi oleh kos sara hidup yang rendah,” katanya.

Berita berkaitan
Harga ayam tidak naik dan bekalan stabil: KPKM
November 1, 2023· Isu semasa
Langkah pengapungan akan jadikan harga ayam lebih murah: Menteri
October 31, 2023· Isu semasa
Subsidi dan kawalan harga ayam berakhir pada Rabu ini
October 30, 2023· Isu semasa
Harga semasa petrol dan diesel kekal, tiada penurunan
October 11, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok