Tiada ‘kabel’ potong giliran tunai haji, kata Timbalan Menteri Agama

May 7, 2022 · Isu semasa

Tabung Haji (TH) memberi jaminan tidak wujud isu menggunakan ‘kabel’ atau kuota orang kenamaan, untuk memotong giliran bagi mempercepatkan giliran menunaikan haji.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata tindakan tidak baik itu juga seakan menidakkan hak orang yang telah disenaraikan untuk menunaikan haji.

“Tak elok kalau kita nak pergi haji sehingga terpaksa memotong nama orang yang sudah naik (disenaraikan). Apapun kita doa kalau dah sampai giliran akan pergi.

“Mengenai senarai menunggu, ia mempunyai kriteria tertentu yang menjadi keutamaan TH. Kalau tiada kuota tambahan ataupun semua yang disenaraikan itu tiada masalah dan layak untuk menunaikan haji, jadi tiada kejayaan kepada senarai menunggu,” katanya memetik laporan Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Parlimen Pengkalan Chepa di Kompleks Purnama, Pengkalan Chepa di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Ahmad Marzuk yang juga ahli Parlimen Pengkalan Chepa turut menasihatkan bakal jemaah haji dan juga umrah supaya mematuhi arahan dan prosedur operasi standard (SOP) semasa kerajaan Arab Saudi.

“Jemaah diminta patuh kepada SOP yang telah ditetapkan kerana ia melibatkan keperluan untuk mereka berdisplin agar perjalanan menjadi lancar dan teratur.

“Malah, untuk menyediakan satu-satu SOP ia telah difikirkan dan dikaji secara teliti. Jadi sebarang pelanggaran kepada SOP akan menjejaskan dari sudut kelicinan perjalanan kepada urusan haji,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai penjualan produk berunsurkan penawar dan sunnah yang semakin berleluasa di pasaran, Ahmad Marzuk berkata peniaga dinasihatkan agar tidak mempromosikan produk dengan meletakkan tarikan termasuk unsur keagamaan yang boleh mencetuskan kekeliruan.

“Pengusaha kepada produk ini perlu benar-benar memahami apa yang dimaksudnya dengan sunnah adakah sama ada ia benar-benar seperti yang dimaksudkan atau sebaliknya. Pastikan produk yang hendak dijual bertepatan dengan tajuk yang dipromosikan.

“Sebagai contoh, ada produk bihun menggunakan lambang masjid namun ia tidak mempunyai sijil halal. Perkara-perkara sebegini boleh mengelirukan pengguna terumanya mereka beragama Islam,” katanya.

Beliau berkata daripada sudut kepenggunaan, orang ramai boleh merujuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan membuat laporan sekiranya ada sebarang peraturan yang disifatkan berunsur penipuan.

“Pegawai KPDHNHEP ada di setiap kawasan Parlimen yang ditugaskan untuk menerima aduan berkaitan dengan kesalahan dari segi kepenggunaan. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyerahkan kepada KPDNHEP untuk hal sebegini termasuk membuat pemantauan,” katanya.

Berita berkaitan
Ramai jemaah Haji negara alami dehidrasi akibat cuaca panas
May 27, 2023· Isu semasa
Kerajaan Arab Saudi belum balas permohonan Malaysia tambah kuota haji: TH
May 15, 2023· Isu semasa
Lesen Emraz Travel digantung Tabung Haji
April 2, 2023· Isu semasa
Kos haji bagi B40 kekal RM10,980 dengan RM400 juta peruntukan bantuan
March 20, 2023· Isu semasa
Popular
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
May 29, 2023
Gabenor BNM, jangan bagi kenyataan gula-gula, tegur MP kerajaan
May 28, 2023
Hadi ucap tahniah atas kemenangan Erdogan
May 29, 2023
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
25 minit lalu · Isu semasa
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
2 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
3 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
3 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menuduh tanpa bukti tak adil, rakyat akan sedar penipuan Anwar
18 minit lalu
[VIDEO] KJ syor Tengku Zafrul calon MB Selangor jika PH-BN menang di Selangor
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok