Tiada isteri saya nama Zainab binti Mohd Salleh: Latiff nafi kali kedua

August 26, 2022 · Isu semasa

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr Abd Latiff Ahmad sekali lagi menafikan Zainab Mohd Salleh – wanita yang dikaitkan dalam siasatan projek kapal tempur pesisir pantai (LCS) – adalah isterinya.

Ahli Parlimen Mersing itu dengan tegas mengatakan beliau tidak mempunyai isteri yang bernama Zainab Mohd Salleh.

“Salam Jumaat yang penuh barakah penghulu segala hari. Semoga apa saja yang kita lakukan hari ini membawa kebaikan buat semua dan beroleh keberkatan dari Yang Maha Esa.

” Isteri atau ssteri-isteri saya tiada yang bernama Zainab binti Mohd Salleh,” katanya menerusi kenyataan di Facbook rasmi beliau hari ini, sekali gus menolak dakwaan dibuat Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berhubung perkara itu.

Pada masa sama Dr Abdul Latiff juga memaklumkan bahawa tidak ada ahli keluarga beliau yang terlibat dalam perniagaan membekalkan peralatan atau pembinaan kapal tempur berkenaan.

“Tiada ahli keluarga saya yang terlibat dalam bisnes melibatkan pembekalan atau pembinaan kapal LCS.

“Sebagai wakil rakyat dari kawasan Laut dan Pulau (Mersing)…saya suka makan ikan…tapi bukan ikan jerung,” katanya sambil memuat naik pantun “Siakap senohong gelama ikan duri, cakap bohong lama-lama jadi pencuri. Beliau kemudian menambah “Siakap senohong gelama ikan jerung,
cakap pembohong tak lama mati jadi jerangkung”.

Terdahulu, Rafizi mendakwa syarikat palsu yang menjadi firma pembekal alat ganti kepada projek pembinaan LCS adalah milik keluarga Abdul Latif yang pernah menjadi Timbalan Menteri Pertahanan ketika Barisan Nasional (BN) memerintah dahulu.

Rafizi mendakwa, siasatan dalaman skandal LCS dan semakan susulan dilakukannya mendapati syarikat pembekal itu dimiliki ‘isteri’ Dr Abdul Latiff.

“Beliau (Dr Abd Latiff) adalah Timbalan Menteri Pertahanan bagi tempoh 2008 hingga 2013. Menteri Pertahanan ketika itu ialah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO sekarang,” katanya pada 21 Ogos lalu.

Dr Abd Latiff meninggalkan UMNO selepas Pilihan Raya Umum 2018 dan menyertai Bersatu.

Kontroversi mengenai skandal LCS tercetus setelah Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 4 Ogos lalu mendedahkan kelemahan projek berkenaan.

Susulan itu Kabinet Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersetuju menyahklasifikasikan dua laporan siasatan berhubung projek berkenaan yang sebelum ini dikategorikan sulit, yang kemudian digunakan Rafizi untuk membuat pendedahan mengenai skandal LCS.

Berita berkaitan
Menteri PN gesa tumpu persediaan hadapi banjir, bukan PRU-15 seperti Zahid minta
September 24, 2022· Politik
Surat tuntutan daripada peguam Latiff dihantar kepada juruaudit projek LCS
September 9, 2022· Isu semasa
SPRM masih siasat dakwaan penglibatan bekas Timbalan Menteri dalam skandal LCS
September 9, 2022· Isu semasa
Ahli perniagaan Malaysia terlibat rasuah di Amerika larikan diri
September 6, 2022· Isu semasa
Popular
Pakar motivasi nafi cuba rosakkan reputasi Ebit Lew
September 28, 2022
Kerajaan perlu wujudkan mekanisme pantau, nilai pelaksanaan syor MPN
September 28, 2022
Mahkamah tolak permohonan Shafee gantung prosiding saman LHDN
September 28, 2022
‘Mencurah wang’ daripada syarikat berkait Jho Low masuk akaun Najib
September 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Hari ketiga perbicaraan kes Ebit Lew, seorang lagi pendakwah dijangka jadi saksi
20 minit lalu · Isu semasa
Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi
26 minit lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding semalam berbanding dolar
1 jam lalu · Isu semasa
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
2 jam lalu · Isu semasa
2,445 kes semalam, dua kematian
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
September 27, 2022
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
September 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok