Tiada iklan pinjaman peribadi ditawar KPKT dalam Facebook

July 1, 2021 · Isu semasa

Iklan tular pembiayaan peribadi ‘Lestari Pinjaman Peribadi KPKT’ kepada orang awam yang dikatakan ditawar Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) adalah palsu.

KPKT tidak pernah memberi kebenaran penggunaan logonya kepada syarikat Kredit Komuniti berlesen yang didaftarkan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400) seperti tular di laman sosial Facebook.

“KPKT memandang serius terhadap mana-mana pihak atau syarikat pemberi pinjaman wang berlesen atau tidak berlesen yang menyalahgunakan logo KPKT (Jata Negara), logo Kredit Komuniti dan lesen pemberi pinjam wang untuk tujuan penipuan,” kata KPKT dalam kenyataan hari ini.

Kementerian itu turut memaklumkan pihaknya akan menjalankan siasatan serta menyerahkan perkara terbabit kepada Polis Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut terhadap pihak tidak bertanggungjawab terbabit.

KPKT juga telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Justeru, KPKT menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dalam menerima sebarang tawaran pinjaman dan menghubungi Bahagian Kawalan Kredit Komuniti KPKT di talian 03-8891 4690/4658/4708 atau mengemukakan aduan melalui https://aduan.kpkt.gov.my serta aplikasi mobil i-KrediKom.

Berita berkaitan
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024· Isu semasa
Sertai kerajaan? Hadi kata macam mana nak ikut ada bekas banduan dan kluster mahkamah
October 20, 2023· Politik
Ditipu pelaburan tak wujud, juruaudit rugi RM1.48 juta
October 12, 2023· Isu semasa
Status FB Mahfuz jadi bahan orang ramai selepas kalah sekali lagi
August 21, 2023· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
RCI Tabung Haji akan ditubuh untuk pulih keyakinan rakyat
July 14, 2021
Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?
August 8, 2022
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
7 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
7 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok