Tiada ganti rugi perlu dibayar bagi buku teks rosak akibat banjir: KPM

January 7, 2022 · Isu semasa

Murid yang mengalami kerosakan buku teks akibat banjir tidak perlu membayar ganti rugi atau menggantikannya dengan buku teks baharu bagi menjalani sesi persekolahan yang bermula minggu depan, kata Menteri Pendidikan Radzi Jidin.

Beliau berkata, ini kerana kementerian itu akan memastikan usaha menggantikan buku teks yang rosak kepada mereka yang terjejas dilaksanakan segera bagi membolehkan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) berjalan dengan teratur dan lancar, menurut laporan Bernama.

“Berdasarkan rekod yang ada pada Kementerian Pendidikan (KPM) sehingga ke hari ini, sebanyak 263,662 naskhah buku teks rosak akibat banjir melibatkan 14,422 orang murid di seluruh negara.

“KPM mempunyai stok mencukupi untuk menggantikan buku yang rosak bagi membolehkan murid mengikuti sesi PdP pada minggu hadapan,” katanya dalam perkongsian video di Facebook rasminya hari ini.

Radzi berkata demikian berikutan laporan bahawa KPM menerima banyak pertanyaan berhubung buku teks sekolah yang rosak akibat banjir di beberapa negeri baru-baru ini.

Beliau berkata, bagi tujuan itu, guru-guru akan mencatatkan jumlah buku teks yang rosak akibat banjir sebelum memberikan buku teks baharu.

Menerusi video itu, beliau berharap murid yang terjejas terus tabah dan bersemangat untuk kembali ke sekolah.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok