Tiada aduan dibuat Najib wang masuk dalam akaun sejak 2015-2018, kata saksi

September 12, 2022 · Isu semasa

Sejak 2015 sehingga 2018, Datuk Seri Najib Razak tidak pernah membuat aduan berhubung transaksi wang yang masuk ke dalam akaun AmIslamic Bank peribadinya, kata saksi perbicaraan.

Saksi pendakwaan, R Uma Devi yang juga Pengurus Cawangan Ambank (M) Berhad Jalan Raja Chulan memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa tidak menerima sebarang aduan mahu pun pertikaian daripada bekas Perdana Menteri berhubung kemasukkan wang dalam akaunnya tersebut, lapor BH.

Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram menyoal soalan tambahan kepada saksi pendakwaan ke-37 tersebut berhubung penyata akaun setiap bulan kepada pelanggan dan bertanya sama ada Najib ada membuat aduan berhubung kemasukkan wang dalam akaunnya sepanjang tempoh 2015 sehingga 2018.

Uma Devi: “Sepanjang pengetahuan saya, malah dalam perbicaraan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd, tidak ada sebarang pertikaian atau aduan mengenai akaunnya,” katanya.

Sri Ram: Bagaimana kes 1MDB (1Malaysia Development Berhad). Adakah jawapan itu sama?

Uma Devi: Ya.

Sri Ram: Kamu pernah beri keterangan sebelum ini dalam kes SRC?

Uma Devi: Ya.

Sri Ram: Boleh kamu sahkan bahawa keterangan kamu diterima di semua peringkat mahkamah (Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan)?

Uma Devi: Ya.

Semasa perbicaraan pada minggu lalu, Uma Devi memberitahu mahkamah bahawa Najib bertanggungjawab terhadap lima akaun AmIslamic miliknya yang dinyatakan melalui suratnya (Najib) kepada Pengurus Cawangan Ambank (M) Berhad / AmIslamic Bank Berhad.

Kelima-lima akaun berkenaan adalah akaun semasa AmIslamic dengan nombor akaun 211-202-201188-0 dengan kod AmPrivate Banking – 1MY, 211-202-201189-8 (AmPrivate Banking – Y1MY) dan 211-202-201190-6 (AmPrivate Banking – MY) manakala dua lagi akaun dengan nombor 211-202-200969-4 dan 211-002-009048-1 (akaun simpanan).

Najib, 69, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang sama.

Untuk rekod, Najib juga sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas disabitkan bersalah dalam penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

Berita berkaitan
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
4 jam lalu· Politik
Bukan mahkamah bebaskan Zahid tapi pendakwa raya tarik pendakwaan: Idris
September 22, 2023· Politik
RM4 juta masuk akaun Najib dari syarikat berkait Jho Low: Saksi
September 21, 2023· Isu semasa
Khairy tak rasa bekas Peguam Negara akan beri penjelasan kes Zahid dihentikan
September 21, 2023· Politik
Popular
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
3 jam lalu · Isu semasa
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
4 jam lalu · Isu semasa
Polis Perak rampas dadah RM1.5 juta, lima orang ditangkap
September 22, 2023 · Isu semasa
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023 · Isu semasa
Banjir Perak: Jumlah mangsa dipindah meningkat pagi ini
September 22, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
41 minit lalu
[VIDEO] Penamaan calon PRK Pelangai selesai, PN hadapi saingan 3 penjuru
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok