Thomas dakwa Najib samannya kerana mahu tunjuk kuat

November 26, 2021 · Isu semasa

Bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas mendakwa saman yang difailkan Datuk Seri Najib Tun Razak terhadapnya dan kerajaan atas dakwaan salah guna kuasa ketika mendakwa bekas perdana menteri itu dalam beberapa kes, adalah atas tujuan politik.

Menurut laporan Bernama, perkara itu dinyatakan Thomas dalam afidavit sokongan bagi membatalkan saman bekas Perdana Menteri itu yang mendakwa Najib memfailkan saman itu untuk digunakan dalam kempen menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini dan juga untuk pilihan raya umum (PRU) yang akan datang, yang perlu diadakan pada pertengahan 2023.

Thomas, 69, berkata perkara ini dibuktikan dengan fakta bahawa pertuduhan ini hanya dibangkitkan oleh Najib buat kali pertamanya, walaupun beliau telah didakwa dalam kes berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Septermber 2018 serta kes pengubahan wang haram pada 2019.

Beliau mendakwa, Najib tidak pernah membangkitkan sebarang dakwaan ‘pendakwaan jahat’ sebagai sebahagian daripada pembelaannya dalam kes SRC International Sdn Bhd dan kes 1MDB yang sedang berjalan.

Thomas adalah Peguam Negara dari 4 Jun 2018 sehingga 28 Feb 2020 berkata, empat kes jenayah Najib basih belum selesai di Mahkamah Tinggi dan oleh sebab itu Najib masih kekal sebagai orang yang dituduh.

Thomas mendakwa sebagai seorang Pendakwa Raya, beliau tidak bertanggungjawab menjaga orang yang didakwa seperti Najib, antara lain kerana sistem adversarial di bawah undang-undang Malayia.

Beliau berkata jika saman itu tidak dibatalkan, tetapi perbicaraan diadakan atas pertimbangan pembuktian sivil, ia akan menyebabkan kes Najib akan dibicarakan semula sementara kes jenayah (dengan bebanan yang lebih tinggi) sedang berjalan.

“Ini tidak mampan dalam undang-undang. Ia juga bertentangan dengan kepentingan awam,” katanya lagi.

Thomas berkata dalam saman itu, Najib juga mendakwa yang dirinya ( Thomas) telah membuat prasangka terhadap kesnya, sebelum membuat keputusan untuk mendakwanya serta campur tangan dalam penyiasatan.

“Apabila setiap kertas siasatan (IP) berkaitan Najib diserahkan kepada saya, saya berpuas hati bahwa terdapat kes yang kukuh terhadapnya. Saya melihat IP itu sebaik mungkin, membincangkannya dengan pegawai berkaitan di pejabat Pendakwa Raya (PP) dan kemudiannya secara jujur membuat keputusan untuk mendakwa Najib.

“Sehubungan itu, dakwaan dalam penyataan tuntutan yang menyatakan bahawa saya membuat keputusan untuk mendakwa beliau walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menemui sebarang salah laku, adalah dinafikan.

Sama ada saya atau mana-mana kakitangan daripada pejabat PP masuk campur dalam siasatan SPRM terhadap Najib yang menyebabkan pendakwaan dilakukan. Siasatan dilakukan secara bebas oleh SPRM,” kata Thomas.

Beliau berkata, dakwaan plantif bertujuan untuk menggangu dan menakut-nakutkan beliau kerana telah menjalankan tugasnya sebagai Peguam Negara dan Pendakwa Raya dan telah menggunakan budi bicaranya di bawah Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan untuk mendakwa beliau (Najib).

Pada 22 Okt Najib memfailkan saman terhadap Thomas berhubung dakwaan menyalahgunakan kuasa untuk mendakwanya dalam kes 1MDB, International Petroleum Investment Company (IPIC), salah guna kuasa dan pengubahan wang haram, dan menuntut ganti rugi lebih RM1.9 juta.

Ahli Parlimen Pekan itu mendakwa pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan terhadapnya, sebahagian daripada perbuatan yang telah dirancang lebih awal oleh Thomas dan ia juga selaras dengan rancangan kerajaan Pakatan Harapan ketika itu.

Beliau mendakwa, pada 2015, Thomas telah bertemu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membincangkan kesalahan-kesalahan dan salah urus yang kononnya dilakukan kepada dana 1MDB dan turut menasihati Dr Mahathir supaya mengambil tindakan sivil dan jenayah terhadap Najib berhubung penglibatannya dalam 1MDB.

Mahkamah Tinggi menetapkan 19 Jan 2022 untuk pengurusan kes.

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Dua bekas pembantu Najib antara disaman seorang penceramah bebas
December 27, 2023· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
1MDB: Jho Low gelar Najib ‘Optimus Prime’, kata saksi
November 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok