TH tiada kaitan dengan kartel, visa furada, kata Menteri agama

July 13, 2022 · Isu semasa

Lembaga Tabung Haji (TH) tiada kaitan langsung dengan isu kartel atau visa furada, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad.

Beliau berkata adalah tidak wajar agensi itu dipersalah kerana TH sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan dan menjaga nama baik Malaysia malah sentiasa mengutamakan kebajikan jemaah haji.

Menurut Bernama, Idris berkata bagi membuktikan TH tidak melakukan sebarang kesalahan, pihaknya sedia disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada bila-bila masa.

“Apabila musim haji tiba, akan ada pihak tidak bertanggungjawap yang cuba mengambil kesempatan. Kita tidak mahu apabila berlaku perkara begini, beban itu ditanggung oleh TH. Pengurusan lesen haji di bawah Pengelola Jemaah Haji (PJH) juga perlukan syarat ketat.

“TH akan selidik semua syarikat yang nak masuk PJH. Jadi tak timbul soal kartel, kita bersedia jika SPRM masuk siasat. Kita buka pejabat 25 jam untuk tengok isu kartel ini,” katanya kepada pemberita di Makkah, hari ini.

Beliau berkata TH sentiasa memantau perkembangan syarikat berdaftar di bawah PJH bagi memastikan mereka layak serta mempunyai reputasi dan kewangan yang baik.

Idris juga berkata beliau tidak mahu saban tahun perkara sama berlaku seperti insiden yang menimpa 380 bakal jemaah haji baru-baru ini sedangkan orang ramai telah diperingat tentang risiko haji furada.

“Tak sepatutnya kejadian sebegini berlaku sedangkan negara lain memuji negara kita, jemaah juga memuji perkhidmatan yang diberi oleh TH. Janganlah ada yang memfitnah dan mereka-reka cerita. Mungkin ada sedikit kelemahan TH (dalam operasi) tetapi janganlah cuba meletakkan beban pada TH,” katanya.

Beliau berkata selepas kembali ke tanah air, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayan bagi membincangkan isu haji furada, umrah serta strategi melaksanakan pengawasan lebih ketat.

Beliau turut menasihati orang ramai yang berhasrat melaksanakan ibadah haji dan umrah supaya berhati-hati termasuk pemilihan syarikat pelancongan kerana pakej haji swasta bukanlah sesuatu yang murah.

“Pastikan ejen yang dipilih mempunyai sejarah atau rekod prestasi yang baik dan boleh dipercayai. Kalau perlu pergi melawat pejabat dan tengok sendiri operasi mereka. Jangan hanya tumpu kepada harga yang menarik dan berurusan melalui telefon sahaja walaupun yang mengesyorkan itu kawan baik kita.

“Begitu juga dengan badal haji. Kita perlu faham bahawa syarat untuk rakyat Arab Saudi sendiri tunai haji adalah ketat dan mereka perlu ambil pakej yang harganya paling rendah RM12,000. Jadi kalau ada tawaran badal haji yang terlalu rendah, jangan gopoh, periksa dahulu siapa yang akan melaksanakan badal haji ini,” katanya.

Berdasarkan rekod, mana-mana syarikat pelancongan boleh memohon untuk menjadi PJH berlesen dan akan dipilih secara tahunan setelah memenuhi syarat yang ditetapkan antaranya berpengalaman mengendalikan umrah tiga tahun berturut-turut serta memiliki rekod Bank Negara melalui Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit (CCRIS).

Berita berkaitan
Kartel padi punca kemiskinan pesawah
December 6, 2022· Rencana
PKR hormati keputusan mahkamah kes anak murid, kata Anwar
September 24, 2022· Politik
Bakal jemaah haji tidak boleh terus bergantung bantuan kewangan kerajaan
September 21, 2022· Isu semasa
Wang rasuah UKSB diberi kepada Zahid bukan turun dari ‘langit’, kata pendakwaan
September 7, 2022· Isu semasa
Popular
Johari sahkan Mohammed Iqbal adalah anaknya, sama dalam web rasmi Parlimen
February 3, 2023
Kumpulan terus desak pengeluaran KWSP bersasar, gesa kerajaan kasihani rakyat
February 4, 2023
Pulau Pinang dilanda banjir
February 4, 2023
Elak rakyat muflis, CUEPACS cadang panjangkan tempoh bayaran pinjaman
February 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Elak rakyat muflis, CUEPACS cadang panjangkan tempoh bayaran pinjaman
11 jam lalu · Isu semasa
Kumpulan terus desak pengeluaran KWSP bersasar, gesa kerajaan kasihani rakyat
12 jam lalu · Isu semasa
Exco Selangor sahkan pembukaan tanah di Taman Negeri untuk pelaksanaan ECRL
17 jam lalu · Isu semasa
Pulau Pinang dilanda banjir
18 jam lalu · Isu semasa
Tunggu dasar dan garis panduan KDN berhubung kebenaran jual bunga api, mercun
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan ada peluang menang PRN, yang pasti UMNO ‘bungkus’
February 3, 2023
[VIDEO] Beku akaun Bersatu, sabotaj Perikatan menang PRN enam negeri
February 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok