TH tak buka kertas siasatan tuduhan pegawai curi wang: Timbalan Menteri

September 27, 2021 · Isu semasa

Tiada sebarang kertas siasatan dibuka terhadap mana-mana pihak atas tuduhan mencuri wang Tabung Haji (TH) yang didakwa membabitkan pengurusan tertingginya itu setakat ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata ini termasuk dakwaan, kononnya siasatan dibuat terhadap Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang merupakan Pengerusi TH sekitar 2013 sehingga 2018.

Ahmad Marzuk berkata demikian pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini bagi soalan tambahan Abdul Azeez yang mahu pengesahan dibuat selepas perkara itu menimbulkan kerisauan dalam kalangan pendeposit sehingga menyebabkan hampir 520,000 akaun ditutup pada 2018.

Menjawab soalan asal Abdul Azeez mengenai status penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu-isu berbangkit mengenai LTH, Ahmad Marzuk berkata ketika ini Memorandum Jemaah Menteri (MJM) bagi membincangkan operasi perlaksanaan RCI ini telah disediakan dan diedarkan bagi Jemaah Menteri.

“Ini adalah meliputi perkara seperti keahlian RCI serta aspek-aspek pengoperasian pentadbiran dan logistik melibatkan pengurusan RCI,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa mesyuarat Kabinet sebelum ini turut memutuskan bahawa urusan RCI ini akan diurus selia oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) dan dalam masa terdekat akan diputuskan terma dan syarat bagi RCI tersebut.

Azeez sebelum ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 13 tuduhan rasuah serta pengubahan wang haram, dan permohonannya untuk membatalkan tuduhan itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 12 Mac lepas ditolak.

Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan itu kemudiannya didengar di Mahkamah Rayuan pada 6 September 2021.

Azeez, 55, mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan beliau untuk membatalkan tiga pertuduhan rasuah membabitkan RM5.2 juta yang mempunyai kaitan dengan projek jalan raya di Perak dan Kedah, serta 10 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM13.9 juta yang didakwa diterimanya daripada syarikat Menuju Asas.

Sementara itu, perbicaraan kes saman kerajaan terhadap keluarga Azeez dan syarikat mereka bagi melucut hak hampir RM16 juta ditetapkan pada 8 Oktober ini.

Dalam saman yang difailkan pada September 2019 itu, kerajaan memohon untuk melucut hak hampir RM16 juta daripada akaun milik isteri Azeez, Datin Seri Khadijah Mohd Noor, empat anak mereka termasuk satu lot kedai di Bandar Sunway, milik syarikat mereka.

Berdasarkan senarai kausa dalam laman sesawang e-pemfailan, kerajaan telah memulakan prosiding untuk melucut hak wang itu daripada akaun peribadi TH milik isteri Azeez dan empat anak mereka dan satu unit pejabat milik Azeera Management Consultants (M) Sdn Bhd.

Pada 18 Disember tahun lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan keluarga berkenaan untuk menangguhkan prosiding saman kerajaan itu sementara perbicaraan kes rasuah Azeez yang sedang berjalan di Mahkamah Sesyen selesai.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
KKM beri penjelasan berhubung pembelian 500 unit ambulans
June 22, 2021
100 hari: KJ cuma bagi markah B- untuk kerajaan Anwar
March 7, 2023
RCI Tabung Haji akan ditubuh untuk pulih keyakinan rakyat
July 14, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
11 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
11 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok