TH pertimbang semula subsidi haji RM9,980 setiap jemaah musim depan

September 20, 2021 · Isu semasa

Tabung Haji (TH) dilaporkan sedang mempertimbangkan bayaran haji berjumlah RM9,980 bagi setiap jemaah, berdasarkan kepada kenaikan kos dan kekukuhan prestasi kewangannya, meskipun persekitaran ekonomi negara dan dunia dalam keadaan tidak menentu sejak penghujung tahun 2019 akibat penularan Covid-19.

Walaupun TH memberi jaminan akan meneruskan bantuan kewangan bagi musim akan datang untuk jemaah haji muassasah kali pertama, bayaran haji berjumlah RM9,980 seperti tahun-tahun sebelum ini akan dipertimbangkan bersama kos haji dan kedudukan kewangan TH.

Mac lalu, TH mengumumkan agihan keuntungan selepas zakat yang lebih baik sebanyak 3.10 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 kepada kira-kira sembilan juta pendepositnya.

TH ditubuhkan pada 1963 bertujuan membantu umat Islam Malaysia menyimpan wang sedikit demi sedikit bagi menyempurnakan Rukun Islam yang kelima. Sehingga 26 Februari lalu, jumlah deposit di TH mencecah RM76.7 bilion, paras tertinggi dalam sejarah, sekali gus mencerminkan keyakinan pendeposit.

Bagaimanapun, susulan pandemik Covid-19 yang melanda dunia, kos untuk melaksanakan sama ada haji atau umrah telah meningkat khususnya dari sudut pengangkutan dan penginapan ketika di Tanah Suci Makkah dan Madinah.

Sementara itu Bernama memetik Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman sebagai berkata kos dijangka meningkat dengan sebahagian besar berkait rapat dengan penjarakan fizikal seperti had muatan bilik hotel dan bas, selain pergerakan jumlah jemaah di dalam Masjidil Haram turut dihadkan.

“Turut memberi kesan kenaikan kos adalah kelengkapan perubatan yang ditambah dan keperluan ujian saringan COVID-19 iaitu sebelum berangkat ke Tanah Suci, semasa berada di sana dan sebelum pulang ke tanah air.

“Saya lihat ini memberi impak kepada kos haji akan datang kerana baru-baru ini sahaja jemaah haji perlu membayar sekitar RM15,000 hingga RM20,000 untuk lima hingga tujuh hari, melibatkan tiga lokasi iaitu Arafah, Muzdalifah dah Mina serta melaksanakan tawaf dan sa’i sahaja.

“Kos itu tidak termasuk kos penginapan hotel di Makkah dan Madinah serta makan minum, juga penerbangan dari Malaysia dan Arab Saudi, jadi bakal jemaah perlu bersedia dengan peningkatan kos ini,” katanya.

Sebagai perbandingan, bayaran haji pada 2019 ialah RM9,980 seorang untuk tempoh 40 hingga 45 hari. Adalah dijangkakan kos haji untuk 2022 dan tahun-tahun akan datang akan meningkat berdasarkan kos berkaitan SOP norma baharu, kenaikan kos operasi dan kos-kos lain di Malaysia dan Arab Saudi.

Sebelum ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary, berkata kerajaan akan mengekalkan subsidi untuk jemaah haji negara seperti dibiayai selama ini, namun kosnya belum dimuktamadkan lagi.

Katanya, kerajaan akan terus menanggung subsidi haji walaupun kosnya dijangka meningkat susulan perubahan prosedur operasi standard (SOP) ibadat itu yang dilaksanakan dalam norma baharu akibat penularan Covid-19.

“Kos subsidi yang akan ditanggung kerajaan itu belum diputuskan lagi, namun peratusannya akan kekal seperti sebelum ini. Kos ibadah haji yang sebenar juga belum diputuskan kerajaan, mungkin akan meningkat berikutan Kerajaan Arab Saudi menaikkan Cukai Nilai Tambah (VAT) sehingga 15 peratus,” katanya.

Berita berkaitan
Kerajaan tak dedah kos belanja penerbangan PMX
May 23, 2023· Politik
Kerajaan campuran belanja RM6.3 juta buat rumah terbuka di negeri pembangkang
May 22, 2023· Politik
Menteri PKR nafi dakwaan sekutu, MP DAP isu kos bina bilik darjah
April 11, 2023· Isu semasa
Lesen Emraz Travel digantung Tabung Haji
April 2, 2023· Isu semasa
Popular
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
September 21, 2023
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
September 20, 2023
Kemalangan treler Putrajaya: Pemandu direman empat hari
September 21, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Tun M komited bantu pembangunan ekonomi ‘SG4’
8 minit lalu · Isu semasa
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
5 jam lalu · Isu semasa
RM4 juta masuk akaun Najib dari syarikat berkait Jho Low: Saksi
5 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan treler Putrajaya: Pemandu direman empat hari
5 jam lalu · Isu semasa
Penagih dadah meningkat 27 peratus, kata AADK
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Susah senang bersama, PN tidak akan khianat pengundi sertai kerajaan PH-BN
4 jam lalu
[VIDEO] Rakyat beratur beli beras Rahmah macam negara kita miskin
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok