TH nasihat pelanggan had jumlah pindahan harian elak scammer

August 31, 2022 · Isu semasa

Lembaga Tabung Haji (TH) menyarankan pendepositnya mengehadkan jumlah pindahan harian menerusi perbankan Internet bank rakan strategik TH sebagai langkah keselamatan daripada penipuan dalam talian.

TH dalam kenyataan pada Selasa (31 Ogos 2022) berkata pendeposit juga perlu sentiasa memastikan maklumat peribadi dan akses kata laluan platform perbankan Internet tidak dikongsi dengan mana-mana pihak, selain membuat semakan penyata akaun secara berkala melalui aplikasi THiJARI.

Menurut TH, langkah keselamatan adalah penting supaya pendeposit tidak terjerat dengan perangkap pihak tidak bertanggungjawab atau ‘scammer’.

TH juga sedang mengambil langkah mengurangkan had pindahan harian menerusi perbankan Internet bank-bank rakan strategik bagi mengekang penipuan dalam talian dari menimpa pendeposit, kata kenyataan itu.

“Platform dalam talian TH iaitu THiJARI amat selamat kerana pengeluaran atau pindahan keluar dari TH adalah tidak dibenarkan sama sekali.

“Malah, THiJARI dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri keselamatan antaranya nama pengguna, kata laluan, TAC serta gambar keselamatan untuk memastikan aplikasi tersebut disambung ke laman web rasmi THiJARI.

“Peraturan pengeluaran atau pindahan wang juga tidak boleh dilaksanakan melalui panggilan telefon, manakala arahan pindahan telegrafik di kaunter hanya boleh dibuat dari akaun TH ke akaun bank milik sendiri sahaja,” menurut kenyataan itu.

Pada 7 April lalu, Bukit Aman mendedahkan sindiket penipuan Macau Scam telah berjaya membuat pengeluaran wang daripada akaun Tabung Haji yang dihubungkan dengan akaun bank konvensional milik mangsa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata kemudahan fasiliti perbankan Internat oleh Tabung Haji bersama bank-bank komersial lain telah membolehkan perkara itu berlaku.

Setakat ini katanya polis menerima laporan 65 kes kehilangan wang dalam akaun Tabung Haji membabitkan nilai RM3.59 juta berlaku dalam kalangan mangsa sindiket penipuan Macau Scam, baru-baru ini.

Untuk mendapatkan sebarang nasihat atau maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi CCID Scam Response Center di talian 03-26101559 atau 03-26101599.

TH berkata menerusi aplikasi THiJARI, satu sesi log masuk sahaja dibenarkan bagi setiap akses dan maklumat sulit akaun pendeposit juga tidak akan disimpan dalam telefon bimbit, selain sentiasa dikemas kini dan penambahbaikan kawalan keselamatan teknologi dilaksanakan secara berterusan.

Dalam pada itu, TH memandang serius penyalahgunaan media sosial dalam penyebaran berita palsu atau kandungan tidak jelas, sehingga menimbulkan suasana keresahan dan panik dalam kalangan orang ramai terhadap TH.

“TH tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya berdasarkan undang-undang seperti diperuntukkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

“TH komited untuk terus memberi peringatan dan nasihat berkaitan perkara ini kepada para pendeposit di platform-platform komunikasi rasmi TH. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919,” kata TH.

Berita berkaitan
BNM jejak dana AS$700 juta 1MDB dipindah ke syarikat Jho Low selama 7 tahun
August 16, 2023· Politik
Najib minta saya bersihkan namanya berhubung isu RM2.6 bilion: Zeti
July 27, 2023· Isu semasa
Malangnya UMNO kemaruk kuasa bersama DAP, kini menipu ahlinya pula: Hadi
May 27, 2023· Politik
‘Datuk Seri’ didakwa minta, terima rasuah RM15 juta bagi dapatkan projek di KDN
May 10, 2023· Isu semasa
Popular
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
2 jam lalu · Isu semasa
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
2 jam lalu · Isu semasa
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
22 jam lalu · Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
22 jam lalu · Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
5 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok