TH nafi wujud kartel kelola haji

July 12, 2022 · Isu semasa

Lembaga Tabung Haji (TH) menolak dakwaan wujud kartel menjadi Pengelola Jemaah Haji (PJH), sambil menegaskan bahawa mana-mana agensi pelancongan boleh memohon menjadi pengelola berlesen di bawah TH.

Pengarah Eksekutif Haji TH Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman yang juga Ketua Rombongan Haji Malaysia berkata mana-mana syarikat pelancongan boleh memohon untuk menjadi PJH berlesen dan akan dipilih secara tahunan setelah memenuhi syarat ditetapkan.

“Sistem ini telah diguna pakai sejak 2000 dan ditambah baik secara berkala. Sistem ini diperkemaskan kali terakhir pada tahun ini,” katanya menurut Bernama.

Menurut Syed Saleh, syarat pemilihan PJH yang ditetapkan bertujuan memastikan syarikat-syarikat pelancongan tempatan memiliki kapasiti yang teguh serta mampu memberikan perkhidmatan haji terbaik termasuklah mampu menjaga rapi kebajikan jemaah haji Malaysia.

Beliau berkata TH memilih dua PJH baharu tahun ini, iaitu Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd dan Mimm Travel & Tours Sdn Bhd bagi menguruskan pemergian jemaah haji ke Tanah Suci.

Katanya, permohonan lesen PJH dibuka setiap tahun dan ditutup pada 1 Ramadan. Bagi permohonan baharu untuk musim 1444H/2023, permohonan ditutup pada 1 Ramadan 1443H/2 April 2022. Permohonan untuk musim 1445H/2024 pula akan ditutup pada 1 Ramadan 1444H.

Beliau berkata bagi memohon lesen PJH, syarikat pelancongan tempatan dikehendaki memenuhi 10 syarat antaranya pengalaman mengendalikan umrah tiga tahun berturut-turut; rekod Bank Negara Malaysia melalui Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit (CCRIS) yang mengandungi maklumat seperti kewangan pengarah syarikat, pemegang saham syarikat dan mana-mana individu dalam pengurusan syarikat.

Selain itu, mempunyai pengurusan dan kakitangan berpengalaman; laporan juruaudit yang bersih untuk dua tahun terkini dan laporan kewangan syarikat yang diaudit untuk tiga tahun terakhir.

Lima lagi syarat ialah modal berbayar sekurang-kurangnya RM500,000, dana pemegang saham yang positif, carian rasmi dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia yang menyatakan syarikat dan individu bukanlah bankrap, lulus penilaian umrah oleh pejabat TH di Arab Saudi dan tiada kes mahkamah semasa.

Kata Syed Saleh, TH mengeluarkan lesen PJH kepada 22 syarikat pelancongan tempatan pada 22 Februari tahun ini, dengan syarikat-syarikat tersebut telah melalui proses saringan dan pemilihan yang teliti untuk beroperasi sebagai PJH berlesen bagi musim haji 1443H/2022.

TH menyarankan orang ramai terutamanya bakal haji untuk menggunakan perkhidmatan pakej haji disediakan PJH yang dilesenkan TH sahaja dan boleh merujuk kepada senarai PJH menerusi laman web TH di www.tabunghaji.gov.my.

Berita berkaitan
Kartel padi punca kemiskinan pesawah
December 6, 2022· Rencana
Bakal jemaah haji tidak boleh terus bergantung bantuan kewangan kerajaan
September 21, 2022· Isu semasa
Pihak berkuasa diarah siasat kumpulan percaya kemunculan Imam Mahdi
August 7, 2022· Isu semasa
RM5 juta dianggar kerugian penipuan visa haji furada setakat Julai
August 2, 2022· Isu semasa
Popular
‘Kumpulan tuntut, serang Sabah bukan waris sah Sultan Sulu’
February 5, 2023
Sayur pula naik harga, kerajaan PH-BN gagal selesai masalah rakyat
February 5, 2023
Exco Selangor sahkan pembukaan tanah di Taman Negeri untuk pelaksanaan ECRL
February 4, 2023
Kumpulan terus desak pengeluaran KWSP bersasar, gesa kerajaan kasihani rakyat
February 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
580 mangsa banjir di 3 negeri pindah ke tujuh PPS hingga malam ini
9 jam lalu · Isu semasa
Sayur pula naik harga, kerajaan PH-BN gagal selesai masalah rakyat
10 jam lalu · Isu semasa
‘Kumpulan tuntut, serang Sabah bukan waris sah Sultan Sulu’
10 jam lalu · Isu semasa
Kanser serviks kerap serang wanita muda
18 jam lalu · Isu semasa
Elak rakyat muflis, CUEPACS cadang panjangkan tempoh bayaran pinjaman
February 4, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan ada peluang menang PRN, yang pasti UMNO ‘bungkus’
February 3, 2023
[VIDEO] Beku akaun Bersatu, sabotaj Perikatan menang PRN enam negeri
February 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok